How's life?

Assalamualaikum.

It's been a longgg time since my last post. You know asrama life (alasan) busy (alasan) tidur pun tak cukup (alasan) homework banyak (again alasan).

Actually busy tu memang, apa yang dibusykan pun tak tahu lah but the truth is tak de mood nak berblogging, rambling about nonsense. I think blogging stuff ni zaman -zaman aku lower form sekarang ni dah besar sikit malas nak layan benda - benda ni semua hehehe.

So how's life?

Pada aku tahun lepas, 2015 is quite something lah. Tuhan bagi dugaan dekat family aku, banyak benda baru aku belajar. I lost my cat but Allah gimme little brother alhamdulillah dah nak setahun dah adik aku tu. New friends, new people, adik adik dorm.

Tahun ni, I will sit for SPM in syaa Allah. Takut sebenarnya. Hari tu masa Xans (batch SPM '15) ambil result pengetua suruh Neos (spm'16) tengok kakak-kakak abang-abang ambil result supaya tercetus motivasi dan penginsafan untuk usaha sungguh-sungguh. Sumpah weh suasana dewan tu macam ada aura lain. Boleh pulak background dia lagu-lagu yang menyayat hati. Alhamdulillah 28 orang straight A's.

Neos? Huhuhu tu next year punya cerita, sekarang ni usaha dulu bak kata pepatah "man jada wa jadda" siapa yang berusaha dia berjaya in Sya Allah.

Semoga aku kekal fokus dan berstamina untuk menghadapi SPM ; you know berstamina untuk stay up, homeworksss, prep , SSA and dorm stuff.

Semoga Allah berkati ilmu yang aku pelajari... result tu nanti biarlah aku dapat setimpal dengan usaha aku.












Diagnostik

Assalamualaikm.

Aku lepas waktu solat mesti doa ;

 "Ya Allah lapangkanlah waktuku"

Memang rasa doa tu Allah makbulkan. Rasa banyak sngat waktu lapang. Semua benda cepat siap, masa rasa macam lama je.

Tapi...

tak guna weh, kalau aku pergi bilik tv instead of bilik study.

Minggu ni diagnostik paper 3 sejarah, add math, fizik. Malam tadi aku tengok running man sampai pukul 2 pagi saje join batch univic yang dah habis exam pt3.

Sekarang ni pulak aku berjimba dekat bilik jepun. Online..
.
.
.

:: insert your own emoji ::


주의 : Goodluck sbpian batch99! Jangan risau spotkan ada?

Farewell

Assalamualaikum.

Finally... semalam last di smkds. Cikgu Rodziah ada buat majlis untuk kitaorang. Serius terharu!
Korang... terima kasih untuk semuanya, maaf atas kesalahan aku kat korang. Yang menangis tu... udah-udah ler tu adat kan setiap pertemuan ada perpisahan. Cepat atau lambat je.

Mesti aku akan rindu korang kat sana. But hopefully, aku dapat kawan-kawan yang baik macam korang. Doakan aku happy kat sana. Boleh survive, boleh fokus tak home sick.



주의 : Untill we meet again guys! #RatlabsBonding

SEHEBAT

Assalamualaikum !



Alhamdulillah. I guess this one of the best things that happen in my life !

Result keluar pukul 12 lebih malam tadi. Aku dah buka laman web, tapi tak tekan semakan sebab takut tak dapat, nanti sedih sorang - sorang, sebab mama dan baba dah tidur. So aku tenung aje lah laman web tu sampai ngantuk.

Yelah sebab mrsm tak dapat, takut juga tak dapat sbp. Lagi-lagi bila baca tweet yang dapat 9A tapi tak dapat SBP. Aku 7A je kut. Makin tambah seriau!

Pagi-pagi mama kejut solat subuh. Terus cakap yang result dah boleh check. Mama suruh cepat-cepat solat. Excited kemain. Bila tekan semakan aje, ayat pertama yang aku nampak SMS Batu Pahat. Bersyukur sangat, mama pun happy. Memang mama harap aku dapat sehebat sebab satu jalan aje dengan mrsm adik. Taman - Mrsm Bp - Sehebat. Sehala aje dari rumah, so senang nak ambik nak hantar. Katanya.

Pentagon semua mohon kecuali ecah. Tapi yang dapat aku dengan Alees. Alees dapat SMS Perempuan Seremban. Dia dah  plan nak outing dengan pijam sebab sekolah sama-sama dekat N9. Kawan dari sekolah lama katakan.

So 25 Feb ni aku daftar. Ada masa lagi nak spent time dengan Pentagon, dengan SMK Dato Sulaiman, cikgu-cikgu kesayangan. Serius weh, dah perfect dah hidup aku dekat SMKDS. Tapi sebab impian aku nak masuk SBP, aku mohon dan bila dapat ofcoz aku terima.


주의 : So excited, yet a bit nervous. Insya Allah baik-baik sajaaaa 

Fellah

Assalamualaikum.

Tahniah sebab naik kelas, saya suka lah awak jadi classmate saya
Awak kalau awak tak ada kawan awak kawan lah dengan saya 
Saya sedih betullah tengok awak senyap aje.
Sorry lah terpaksa pindah tempat duduk, saya dah pilih tempat terbaik hari tu, view saya betul-betul kepala awak. Belakang awak kiri sikit. Tapi esoknya bila datang kedudukan meja dah berubah. Hampa betul saya.
Kita setiap hari datang awal sama-sama. Tapi saya saja pergi tandas dulu. Tak kan nak naik tingkat 4 pagi-pagi buta dengan awak pulak kan. Nervous lah saya.
Terima kasih sebab bukakan lampu kelas.
Kesian sangat bila nama awak tak kena panggil, sorang duduk dekat bawah yang lain semua duduk atas kerusi. Tak apalah yang penting awak dapat naik pentas.
Kenapa tadi lambat masuk kelas bio! awak takut cikgu salasiah ke? Jangan takut lah saya kan ada. 

Hehehe.




주의 : #Fellah #SecretAdmirer #GoFellah! #BukanNamaSebenar This is not me...... lol. My feelssss you all. That moment when you know your crush will be your classmate. And now he's my classmate chuollllsss !

Please

Assalamualaikum !

Please..
Stop trying so hard for people who don't care
Stop believing the liars
Stop hope too much
and don't think too much
it will put yourself in a bad mood.

Okay dear self ? You got it right.



주의 : Last warning untuk diri sendiri.

2015

Assalamualaikum !

Wah dah 2015 !! So ni kira entry pertama untuk tahun ni. Tahun baru ni,meriah twitter, facebook orang duk pung pang pung pang azam tahun baru. Cehh, nak tanya ni azam tahun lepas dah accomplish belum?

Aku tak ada azam tahun baru lah. Cuma aku dah set dalam otak benda yang memang patut aku buat setiap tahun.

Paling utama continue good grades and work to be on top in batch. Sentiasa aim tinggi-tinggi, tak dapat nombor satu, nombor dua or tiga okay lah. Tengok usaha sendiri dan rezeki masing-masing Allah dah tetapkan right.

Cuma tahun ni, kalau dapat masuk sbp atau mrsm, susah juga tu nak excell. Minta Allah permudahkan.

Pada aku, azam tahun baru tu tak penting. Nak buat-buat lah. Yang penting kau kena ada perancangan hidup. Tahu hala tuju, baru senang nak berjaya sebab dah tahu apa nak buat.

Kira aku ni unofficially 16 tahun lah. Umur dah bertambah. Semakin besar. Grow up. Serius takut fikir masa depan. Dulu masa darjah enam rasa diri dah besar bila masuk sekolah menangah, tak rasa diri dah besar. Pelik pula dengan diri sendiri.

Mama kata 16 tahun dah besar dan aku sebagai anak pertama, cucu pertama kena matang. Aku tak tahu?! Macam mana nak jadi matang. Ciri-ciri orang yang matang pun aku tak tahu k. Maturity gain from experience kut, pengalaman aku? Garu kepala pikir. Hidup aku ni tak ada lah susah mana. Tak mencabar langsung, I hate risky things, risky decision. Selesa di comfort zone.

Mungkin tu sebab utama adik aku lebih matang dari aku. Heh! tapi aku amik maturity testkan. Aku paling matang antara kawan-kawan aku. hahaha

Wait, kira aku ni matang cuma tak cukup lagi darjah kematangannya tu.

Mungkin aku takut nak dewasa sebab tu aku macam ni. Maybe?

Pengajaran tahun 2014, yang kena simpan dan dijadikan tauladan ialah. Jangan letak harapan tinggi-tinggi dekat orang lain. Letak harapan dekat diri sendiri takpe. Benda ni memang kena betul-betul semat kan di otak, tak nak lah nanti menangis sebab benda-benda tak sepatutnya.

Tahun 2014, dengan ada PT3 segala tu. Rasanya memang mencabar. Mencabar mental, fizikal, emosi, rohani, jasmani. Tapi aku tak rasa benda tu teruk sangat. Bila ada masalah, relax, tenang. Nak nangis okay. Nangis dulu lepas tu mesti kena tenang. Lepas tu setel kan masalah tu slow-slow. InsyaAllah lah tak rasa benda tu susah pun.

Tahun 2014, banyak kenangan manis dengan Pentagon, dengan classmate 3 Bestari yang dah sama-sama selama 3 tahun. Dari kelas 1RK2, 2RK2 sampai 3Bestari. Rasanya, tahun ni masing-masing macam akan terpisah aje. Haruslah kan. Sedih pula bila pikir. Sebab diorang dah ajar aku satu benda, iaitu persahabatan.

Harap tahun 2015, dapat bagi aku lebih banyak pengalaman hidup yang manis dan memori indah dengan orang-orang yang aku sayang !




주의 : Selamat datang 2015. 

Result

Assalamualaikum.

22 Diesember 2014. Hari yang ditunggu-tunggu.
Alhamdulillah. Syukur. walaupun tak dapat apa yang diharap tapi tuhan bagi apa yang aku layak. 
Jatuh juga setitis dua air mata. Tapi sekarang dah boleh senyum, tanda dah boleh terima takdir tuhan rezeki aku takat  7A 3B.

Cuma BM penulisan agak terkezzzzut juga lah. Hari tu check markah A. Bila keluar result B. Ni mesti kes pentaksir tolak markah aku. Cehh.

Aku tak nak komen apa-apa pasal PT3. Dah cukup aku luahkan di twitter. Dah cukup Parents aku faham situasi aku. 

Untuk Syazwani, tahniah kau layak dapat 9A 1B. Peluk sikittttt.
Alees juga tahniah aku tahu kau mesti terkilan ada C. Tapi 8A 1B 1C is a good result tho.
Izzati, Syafiqa dah boleh buat geng sama-sama dapat 5A.
Aisyah . . . Tak pe hak kau tak nak share. Aku harap kalau result bagus kau tak lupa bersyukur. Kalau result kau KO redha aja lah. SPM ada lagi. 

ye SPM ada lagi dan tahun 2016 giliran kita 100% KBAT dan HOTS.

7A 3B

주의: Batch pertama dan yang paling teruk mungkin. Thank you KPM.

Pentagon

Assalamualaikum.

Dear my precious Pentagon,
Because of
Our laughs,
Our smiles,
Our tears,
And our cries,
It produce a special word called - friendship
That make you worth a special place in my heart
Thank you for colouring my life with happiness
Knowing all of you is a bless!





주의: Pentagon : Alees, Huda, Izzati, Syafiqa, Aisyah. Perfect five.

Cuci

Assalamualaikum.

Petang tadi, lepas habis menangis.

Aku : Serius ah, dah lama akak tak nangis macam ni.
Nabila : Tak apalah air mata tu nak cuci dosa-dosa mata kau.
Aku : Dosa ape?
Nabila : Dosa stalk lelaki malam tadi

Gelak.

Aku : Lepas ni tunggu giliran kau pulak eh.
Nabila : Kenapa?
Aku : Sebab semalam kau teman akak stalking!

Gelak lagi.



주의: Stalking! 

Tangan

Assalamualaikum.

Hai insan-insan right-handed!
Pernah terfikir tak betapa kita bergantung sangat pada tangan kanan kita like, almost everything kita guna tangan kanan. Dan tangan kiri tu setakat master bab-bab beristinjak aje.

Tangan kiri be like :

"Help me I dont know how to write"
"This spatula is so heavy"
"I can type very well" (only press 'A' letter)

Hari ni disebabkan insiden tiga jari kanan tercelup dalam minyak panas, terpaksa jadi left handed sekejap. Susah gila weh. Nak pegang sudu tu boleh lagi. Tapi nak ambil nasi dengan lauk punyalah payah, daripada lapar terus kenyang tunggu nasi masuk mulut.

Serius sakit gila, selalu kena minyak panas yg letup-letup tu boleh tahan lagi. Yang ni memang aku nangis sungguh-sungguh. Dah lah mama tak ada, tinggal aku dengan adik-adik aje kat rumah. Nabila dah tengok aku sakit, dia pergi lah search google petua apabila terkena minyak panas. Amik kau dari petua indon sampai ke melayu dia suruh aku buat.

First dia suruh aku alirkan dengan air dekat tempat yg kena minyak panas tu. Memang kurang sikit lah tapi kalau tak kena air sakit lagi. Lepastu dia search lagi, katanya kalau kena minyak panas tak boleh kena air dah menggelabah sekejap. Dia suruh letak serbuk kopi pulak, macam tak ada kesan langsung.

Aku dah menangis gila-gila sebab tak tahan sakit. So aku pun lap lah serbuk kopi tu, nabila pukul telur suruh aku celup dalam tu. Kurang sikit sebab telur tu sejuk. Aku duduk depan kipas sambil tengok Real Got7 lupa kejap pasal jari. Kejap aje, lepas tu sakit lagi sampai sekarang. Makan malam pun Yaya yang suapkan. heaven gila ada orang sayang kan. Hahaha

Dan sekarang ni aku sangat bergantung pada tangan kiri. Tangan kanan rest sekejap.Terima kasih untuk Nabila yg gigih search petua semua tu. Hasilnya tangan aku tak melepur. Cuma kulit jadi keras aje. AJE. Sedih betul tengok jari aku ni.


주의: Lets train our left hand !!

Hapus

Assalamualaikum.

Yakinkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku...

Sadarkan aku Tuhan

Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku...

Lagi ni dah lama, tahun 2007 tak silap.
Aku darjah satu.
Somehow, lirik tak ada kena mengena dengan kita pun but brings back memories.
Dah besar sikit ni ada lah sikit-sikit lirik ni kena dengan situation sekarang. Hahaha





주의: Memori dulu simpan buat kenangan, memori pasal kau delete aje lah.


Dah habis !

Assalamualaikum !

    Cuba teka siapa dah habis exam PT3? Saya!! Hahaha. PT3 dah habis 2 minggu lepas tapi baru rajin nak post entry hari ni. Sebelum exam kemain lagi nafsu nak berblog, twitter, facebook. lepas exam tak tahu nak buat apa. But still senyuman masih terukir di bibir. Orang tengah bahagia lah katekan sebab dah exam hehehe.
 
   Mengimbau saat-saat sebelum jawab exam tu secara jujur pagi tu aku tak nervous langsung. I dont know mungkin dah banyak kali jawab pbs maybe. Tapi dah sampai pintu kelas kaki tangan dah start sejuk. Baru rasa "ooo aku nak ambil exam penting ni". Paling best kedudukan meja aku dikelilingi rakan baik ku happy gitu. Sebelah aku pigalle, depan aku izzati, sebelah izzati aisyah. See? kitorang memang berjodoh right.

   Overall soklan susah. SUSAH. Lepas jawab tu aku confident dengan jawapan aku dan tak rasa susah. Keluar kelas semua cakap susah nokharom. Aku senyum je sebab confident. Bila balik rumah aku fikir-fikir soklan sebenarnya susah. rasa nak nangis pun ada.Terutamanya bila tengok muka cikgu yang menanda. Cikgu rosmizah boleh cakap takde harapan lah apa semua. Siapa tak ketaq lutut duhh.

  Siap satu hari tuh aku mimpi paper Bm aku dapat 77%. Bm weh?! Aku mana pernah dapat B. Ada dua page aku tak jawab. Memang nak nangis time tidur je waktu tuh. Sampai terbangun dari tidur sebab frust sangat. Sampai sekarang jiwa aku kacau.

  Nak salahkan diri sendiri? Okay patutlah kut. Tapi tak untuk Pendidikan Islam. Sebab latihan yg ustazah beri dengan soklan sebenar totally different. Like 90% kbat. Tadi adik aku balik maktab, ustaz dia cakap yg kbat tu cara nak jawab kena ada pendahuluan, point, huraian, penutup. LIKE SERIOUSLY?! ustazah tak pernah terangkan pun. Dia cuma pesan kalau ada kbat buat jawapan panjang-panjang bagi point banyak-banyak. So yeah...
 
   Thats why PT3 is suck! We don't know the true format before exam (for PI paper) and format yg betul aku tahu pun 2 month before exam. Tak adilkan. For KPM suka hati kaulah nak buat perubahan tapi boleh tak buat preparation betul-betul sebelum jadikan pelajar sebagai mangsa eksperimen tak menjadi kau!

  Sekarang ni berdoa dan tawakal je lah. Dah nasib...


주의: To all PT3 candidates 2014 aka tikus makmal KPM may all of us pass with flying colours !

Potato

Assalamualaikum.

He is an athlete
Shower with his sweat
Ran swiftly
Got medals for his team

And here I am
Just a potato
A lazy potato
That got many fat.

He's stunning
where my self-esteem??

He's jaw-dropping
I can't find my self-esteem
.
.
.
Im just a potato (a cute one)



주의: Chin up Huda. Dont let it get to you


Before PT3.

Assalamualaikum.

     Malam yang.... membosankan ? Sepatutnya aku study sekarang ni tapi hari ni mood aku hilang sebab masalah kat sekolah. Sakit hati dengan manusia yang tak reti nak minta maaf bila dah buat salah. Ye memang maaf tak boleh settlekan problem. Tapi atleast hati aku ni boleh lah cool sikit kan. Dan bila buat salah the first thing is to apologize. Its the rule. Adab letak kat kaki ke? Aku tak ada lah marah sangat dekat kau, tapi aku sakit hatilah barang aku rosak. Dah lah buat macam harta sendiri dah rosak jeling gitu je.

      Malam ni sangat random. Cuma nak meluah kan apa yang terbuku di hati. Tambah lagi dah nak exam. Otak sesak dengan macam-macam. Pagi tadi cikgu dah tampal jadual PT3. Memang dah dekat sangat ni. Jangan tanya aku tarikh PT3 serius aku tak amik port. Yang aku tahu dah nak exam lagi 2 weeks something?

     Masalah besar. Aku ni pelupa. Bila study aku kena study last minute dekat-dekat nak exam (selalunya malam exam) Seksa sangat. Berpuluh-puluh chapter satu malam. Memang boleh survive sebab result aku alhamdulillah okay. Cuma seksanya tulah yang tak tahan. Dan jadi problem bila aku salah setting masa. Before study selalu aku akan plan betul - betul. Contoh esok exam BM (pagi) KH (tengahari) . So petang aku buat revision BM malam aku pulun habis-habis KH (form 1- form 3) pagi sebelum pergi sekolah recall balik BM lepas exam BM buka buku KH.

   Tapi masa percubaan hari tuh, aku yang memang malas tengok jadual exam just tanya kawan je esok periksa apa. Last - last kawan bagi salah  info. Memang blergh... arghh. Malam tu aku dah pulun habis habisan PI. Last-last paper first Mathematics !! Dah lah aku cuma selak- selak buku Math form 2 je. Memang nak nangis ahh pagi tu bila tahu paper first Math. Nak marah kawan salah aku juga sooo berserah pada yang esa je lah. Jawab exam berdasarkan apa yang aku ingat. Tapi tak banyak yang aku ingat...

    So result percubaan aku memang down lah. Daripada exam mid year 8 A trial jadi 3A. Daripada Top 1 jadi..... *hembus nafas* okay dah perkara yang lepas jangan dikenang dehhh. Yang penting ni PT3. Doakan aku dapat jawab exam dengan baik. Result straight As. Amin. In Shaa Allah aku akan buat yang terbaik !!!
Nak letak gamba lah. Boleh?


 Good luck batch 99. All the best for us. The goverment's lab rats
.
주의: PT3 candidate 2014. 

Bumi

Assalamualaikum

Bumi ni kan bulat,
Kau di atas dengan riak di hati,
Kalau tak hati-hati,
Takut nanti jatuh tak ke atas lagi.

Bumi ni berputar,
Kalau selalu berdiri meninggi diri.
Risau nanti kepala pening,
Sakit sampai nak mati.

Bumi ni semakin tua,
Kalau bumi ni mati,
Fikir boleh stay di pluto 2-3 hari,
Kau pun tak kekal nanti.

Bumi ni makin panas,
tapi neraka lagi panas,
Dosa kau tambah hari-hari,
Tahu tak Si Izrail dah lama ready.

주의: Note to self


How I Wish

Assalamualaikum..

How I wish I can forget you the way I did to Ariana.

How I wish I can rids all my feeling to you easily.

How I wish I didn't know you at the first place.

How I wish I can turn back time and prevent myself from knowing you.

How I wish you're meant nothing to me.

How I wish I can turn you into stranger.

How I wish I didn't miss you the way you didn't miss me.

How I wish your name didn't cross my mind every single second in my life.

How I wish your existences is not my source of happiness.

How I wish I didn't smile like an idiot when we were together.

How I wish I'm not falling for you this hard.

How I wish it didn't feel this hurts.

주의: Thanks for the memories. I take this as an answer of my prayers :')

Kesadisan raya.... *wipe ur tears*

Assalamualaikum !

Selamat Hari Raya uolllss...
Rare sangatlah kan wish hari raya malam-malam cemni raya ke empat masuk raya kelima pulak tuh.. hahaha
Actually tengah nak siapkan sains band 6, tapi dah bosan sangat nih mood macam tetiba hilang so update blog lah kalau tak memang berhabuk lah blog ni.

Weh sangat sangatlah sadis raya time ada exam besar ni. Sebelum cuti lagi cikgu dah bekalkan "kuih raya" kalau kuih raya betul tak apa lah ni homework berbakul-bakul. Kamon lah cikgu saya tahu saya nak exam besaaaaqqq tahun ni. Tapi... nenek-nenek sedara saya semua rajin buat kenduri, dan saya sebagai cucu harus datangkan tu nama adab kan. Pastu pastu saya kena tolong cat rumah lagi.. nak raya kan. Belum campur shopping baju raya semua. Macam takde masa nak siapkan homework. So tinggallah waktu 3 hari ni je yang ada untuk siapkan homeworks Mathematics, sains, kemahiran hidup, pendidikan islam, sejarah, Bahasa melayu, English dannn tu je kut. Sedih lah macam ni... Nasib duit raya dapat banyak terubat gaklah sedih saya nih ececehhh. Yerlah even dah form 3 tapi muka babyface kan tu yang dapat duit raya lagi. Muehehe.

Sebenarnya hati dan jiwa ini masih tak sedar apatah lagi bersedia nak menghadap exam. Please lah rasa nak lempang pipi ni kasi sedar sikit. Besarkan tiduuuuuur jer. Haishh lagi satu penyakit malas pun masalah gak. Serius weh aku rasa semua benda malas nak buat. Rasa nak nangis pun ada..  Sesiapa tolong lah siapkan homework aku mathematics aje  pun jadi lah.. tolong please please... please...  aku malas gila dokkkk

Stop the drama.

Sadis sangat yer budak form 3 tahun ni.. Eh taklah aku sorang jer yang sadis kekawan aku semua leklek jer berselfie tayang baju raya then upload kat fb, insta, twitter, muka semua happy macam Pt3 tu tak pernah wujud macam homework tu cikgu lupa nak bagi. Bertambah sadis bila ada sorang hamba Allah tu sombong bakhangg aishhh. Tak pe orang sombong selalu rugi. * Nah amik nik ketupat basi wekk * Triple sadis bila Raya ni tak puas nak main dengan dak kembar dua orang tu ergghh frust k. Lagi sadis bila aku kebosanan kat kampung pak su boleh senyum-senyum kambing texting dengan -bakal-maksu-to-be agaknye lah. Sadis bilawifi tak boleh connect dengan phone. Sadis sangaat bila dapat tahu sekolah dah nak buka..... Mohon cuti ditambah.

Ni sesi luahan perasaan apa? Dah ah wa nak cau.. nak layan perasaan atas katil lak dah pukul dua pagi ni.

Gambar raya tak ade. Ada banyak kat phone tapi malas nak upload. Kan dah mention awal-awal penyakit malas telah menyerang.

So selamat hari rayaaaa maafkan semua yang tersalah tersilap terkurang terlebih terkasar terkurang ajoo termaki terkutuk teremo ter... hmmm kita kosong kosong eh nak jugak kosong kosong. Hmm dah macam bola pulokk yer kosong-kosong. Maafkan aku ye sesungguhnya.. ingatlah,..tiada manusia yang sempurna semua buat silap. Korang yang berdendam tak nak maafkan kesalahan orang lain tu pikir diri tu dah perfect sangat ahhh? Cehh tetiba emo


주의: Kesadisan kehidupan membuatkan aku bertambah lapar eh matang eh?? Bila masa aku matang muehehehe.

Dia senyumkan..

Assalamualaikum,

Dia senyumkan,
Manis sangat,
Macam gula kapas merah jambu,
Yang manis, yang lembut,
Manis sangat.

Dia senyumkan,
Manis sangat,
Umpama lori gula tertumpah di bibir dia,
Sampai semut pun mati,
Terlebih gula.

Dia senyumkan,
Manis sangat,
Kalah coklat termanis di Malaysia,
Kalah coklat Toblerone yang aku suka,
Dia termanis dalam dunia.

Dia senyumkan,
Manis sangat,
Dia senyum sambil mata tertutup,
Aku tengok pun suka,
Suka sangat sangat.

Dia senyumkan,
Manis sangat,
Senyuman ikhlas,
Senyuman dari hati,
Memang manis,
Manis macam dia.


주의: Ini untuk kau. Hadiah untuk kau. Ya untuk kau. Ikhlas dari  hati aku yang paling dalam :')

Hati

Assalamualaikum,

Hati,
Jangan terasa,
Salah dia,
Salah kau juga,
Tahan air mata itu,
Tahan bisa katanya,
Cukup hanya ilmunya,
Jangan tamakkan kasihnya.

Wahai hati,
Sila belajar menerima,
Kasih itu kurniaan ilahi,
Jangan ditagih kasih itu,
Sudah ditakdir kasihnya,
Hanya secebis untukmu,

Hati,
Biar sakit itu,
Sila maafkan dia.

주의: Bila kasih tidak diberi sama rata dan ketidak adilan di tunjuk terang. BIAS