Kawankan ?

Assalamualaikum.

Aku tak minta lebih, cukup sekadar kau anggap aku kawan. Kawan? memang selama ni kita kawan,  Tapi boleh tak kau anggap aku kawan yang ada perasaan weh. Bukan kawan yang senang - senang kau nak unfriend lepas tu add friend balik  macam kat facebook tuh.  Boleh tak kau jaga hati aku sikit. Aku tak tahu salah aku tetiba kau tak tegur aku, tak layan aku sampai buat aku rasa bersalah gila. Rasa macam tak guna. Then bila time kau okay aku tanya kau apasal kau tak layan aku. Kau boleh cakap kau takde mood nak layan sesiapa. Tapi kenapa aku rasa sesiapa kau tu hanya untuk aku sorang? Kau tak jawab bila aku tegur kau, tapi dengan orang lain siap tergelak sana sini. Siapa tak sedih weh. Aku tak pernah layan kau macam tuh ! Aku ni kawan kau bukan pengemis nak kan perhatian kau.

Kadang - kadang kau terlampau prihatin sampai benda kecil jadi besar. Semua yang aku buat kau nak tegur but then bila aku tegur cara kau, kau tak ambik kisah weh.Cara aku tabiat aku semua kau nak judge, sampai aku rasa rendah diri,  boleh tak kau biarkan aku jadi diri sendiri. Kau dengan cara kau aku dengan cara aku. Aku tak kesah kalau kau nak betulkan benda yang salah tapi pada aku benda-benda yang kau cakap tu semua useless! Please stop acting like you're the perfect girl on earth !

 Aku tak cakap yang kau ni teruk tapi boleh tak kau stop buat aku rasa diri aku teruk. Teruk sebagai kawan kau. Kau baik, maksud aku kawan yang baik. Bertuah aku kawan dengan kau  but sometimes tu, bila 'perangai ' kau datang dan hati aku sakit, aku  takut semua kebaikan kau, sayang aku kat kau, hilang. Tu yang aku takut. Aku tak nak disebabkan aku makan hati dengan sikap kau persahabatan kita rosak.

Aku tak harap kau baca post ni. Kalau kau baca pun anggap ni bukan kau dan tak payah tanya aku siapa yang aku maksudkan. Kalau kau rasa tu dirikau, ubah lah sikit sikap kau supaya aku tak terus menerus sakit hati. Tapi kalau kau rasa perkara yang kau buat tu tak salah, it's okey. Maybe itulah ketidak sempurnaan kau yang aku kena terima sebagai kawan kau kan. Manusia mana ada yang perfect kan.Tapi aku rasa kau memang takkan baca. Kau mana pernah kesah pasal akukan.  Ini sekadar luahan hati aku. Aku tahu aku bukannya kawan yang terbaik, kawan yang baik pun tak layak. Sebab tu aku tak pernah luahkan benda ni semua dekat kau. Aku sedar siapa aku.

You
make me laugh
chilling me
believe in me
trust me
comfort me
stick up with me
help me
play with me
understand me
but can you just throw away that 'shit ' ?
surely you will be the best friend ever of mine. Can you? :')




주의: Hari ni you're too much weh. Tu yang sampai terpost menatang nih. :')

Kesilapanku

 Assalamualaikum .
  Aku tahu 
Aku bukan hamba yang taat 
Selalu lalai itu adalah kebiasaan
Berat bahu kiriku

Aku tahu
Aku bukan anak yang baik
Mama dan baba selalu kecewa dengan aku
Panggilan mama selalu tidak ku sahut
Arahan baba selalu aku ingkari
Walaupun aku diam tetapi hakikatnya hati aku sangat keras
Seperti batuan ais di antartika

Aku tahu
Aku bukan kakak yang bertanggungjawab
Aku biarkan adik aku menangis
Aku sukar untuk mengalah
Aku pentingkan diri sendiri
Pentingkan perasaanku

Aku tahu
Aku bukan cucu yang patut dibangga
Hanya duduk melihat televisyen 
Hendak tolong memasak jauh sekali
Lagikan pula memegang penyapu

Aku tahu
 Aku bukan saudara yang disayangi
Dan aku tidak pernah harap aku disayangi
Mulut ku berat 
Sedangkan hanya mahu bertanya khabar
Susahnya seperti mengangkat  batu - batuan

Aku tahu
Aku bukan rakan yang dikasihi
Mulutku lepas berbicara
Tanpa rasa bersalah hati kawan ku aku sakiti
Gurauan ku kadang kala tidak kena tempatnya
Sehingga terguris hati mereka
Menitis air mata mereka

Aku tahu
Aku bukan pelajar yang disayangi
Aku tidak pandai
Aku malas 

Aku tahu ku bersalah dengan diriku sendiri kerana membiarkan diriku diulit dosa  , sikap  dan perasaan malas yang sentiasa aku agung - agung kan . Dan bersempana hari lahir ku ini , besar harapan ku agar aku dapat mengubah diriku ini agar menjadi yang lebih baik . Agar bisa disayangi . dikasihi dan dibangga oleh kamu semua .

ya Allah forgive my sins and guide me on the right path .

주의: Happy 14th Birthday to me . I`m sorry I wasn`t everything you wanted . I`m not good enough .




westlife

assalamualaikum .
sekarang ni aku memang tengah demam dengan westlife . since aku tertengok konsert diorang dekat tv . and diorang memang awesome giler . actually aku tak dapat bezakan lagi muka diorang sebab lebih kurang jer . kecuali yang tinggi tu beza sikit muka dia .
 lagu diorang pun best2 especially  swear it again . dalam lagu tu kan part paling best yang ni

I'm never gonna say goodbye
'cause I never want to see you cry
I swore to you my love would remain
And I swear it all over again and I

I'm never gonna treat you bad
'Cause I never want to see you sad
I swore to share your joy and your pain
And I swear it all over again
All over again
memang sweet sangat !!

주의: aku tahu band ni dah lama dan aku baru aje minat sekarang . tapi tak kesah lah . siapa kesahkan .

Suami Aku Ustaz (novel)

Assalamualaikum...

    Baru - baru ni aku pergi kedai buku somewhere dekat giant muar. Motip pergi sebab adik aku nak beli buku.. Mak aku pun ikut kan jer.. yerlhah budak asrama.. Dan Pak teh pun ikut sekali. Dan dia dengan pemurahnye nak jadi tukang bayar.


so atas tu pak teh, dia dah slim sekarang dan juga bajet k-pop style. (padahal dia lah yang selalu bahan aku, pasal bende alah  k-pop ni ). Sampai jer kedai buku  , first place ofcourse aku cari epop, dan dengan selambernye aku ambil letak dalam bakul, yer lah orang nak belanjerkan.

pastu aq pergi tempat rak novel.. wallah.. banyak giler novel hot seller!! Dalam otak aku satu jer, nak cari novel suami aku ustaz. aku pun tak tahu la kenapa aq cari novel tu sedangkan banyak lagi novel lain. maybe sebab kawan aq tu si Intan, asyik tanya aq dah beli novel suami aku ustaz ke belum. seyes dia asyik tanye je weyh. bila mase entah aq cakap aq nak beli novel tu.

tiba-tiba mama tunjuk novel Suami Aku Ustaz. Aku pun terjerit-jerit, cakap ha! novel ni lah yang  akak cari. Pateh tengok aq dah semacam jer.. Pak Teh suruh aq beli buku latihan, selamber jer aq cakap dekat dia, homework pun tak tersiap lagi nak bbuat  buku latihan memang tak bersentuh ler..


Atlast, Dapat juga beli novel baru , bertambah lah kolesi aku.. huhu.. bunyi macam sadis jer.. satu hari jer aku habis kan novel tu dan aq puas hati. Novel tu agak islamik lah juga.. dah tentu-tentu tajuk dia pun ustazkan.. dan banyak lawak humor. So memang best!

주의: I love novel !


Hate this

Assalamualaikum .

Hari ni aku story morry  siket lah yek tentang makanan yang aku tak suka. Setiap orang mesti ade kan makanan yang buat diorang annoying, so do I.


Kalau cerita bab makanan, aku paling benci sekali bawang putih ! BAWANG PUTIH!! yuks rasa dia sumpah meloyakan. Aku memang tak  dapat bayangkan bila  orang boleh makan bawang putih tu mentah - mentah pastu reaksi muka dia macam benda tuh sedap sangat. tak faham betul aku. Tapi aku boleh makan segala makanan yang dicampur dengan bawang putih, cumanya kalau dah termakan bawang putih, Ya Allah memang aku keluarkan balik lah benda tuh. :)

Then aku tak suka gila bunga kantann! Dan aku tak suka what ever makanan yang dicampur  dengan bunga kantan kecuali laksa! WAh sedapnye laksa! Korang tau tak bunga kantan tu rasa dia kuat sangat . Entahlah  tapi yang pasti tekak aku memang tak boleh terima masuk bunga kantan tuh . Dan muka aku akan jadi macam ni kalau termakan bunga kantan

Kalau sayur, aku makan semua jenis sayur kecuali tauge dan ulam. seriyesli rasa dia buat tekak aku kembang. Terutamanya tauge mentah! OMG ! Tauge tak sedap!

Actually, tu jerlah kot makanan yang aku tak boleh terima masuk dalam mulut. See! empat jer kan, bawang putih, bunga kantan , taugeh dan ulam. Tu maksudnya aku tak cerewet makan jer apa yang mak aku masak. Ala - ala anak mithali gitu . #Baldiplease!

주의 : Korang dah dengar lagu blog aku yang baru ni. Mirror by Justin timberlake? Macam bingit sangat kan? Nantilah aku tukar.

ARIYANA


Assalamualaikum...

makin aku nak jauh dari kau,
kau makin dekat dengan aku, asyik tunjuk muka tak semengah kau tuh.
makin  aku berusaha nak lupakan kau,
tapi, kau sorang jer lah yang aku duk teringat -ingatkan.


ARIYANA GET OUT FROM MY LIFE!

kau yang tak handsome
kau yang perangai macam harem
kau yang muka macam bangang
kau yang pendek !

주의: tolonglah.. jangan tayang lagi muka kau depan aku!

New Year

Assalamualaikum.
         seriously dah lame gile   gampang aku tak  update    blog. bukan sebab malas ye. perkataan malas memang takde dalam hidup aq. *sediakanbaldiplease* . Actually laptop aku rosak so... faham - faham jerlah kan. selama aku tak update ni memang banyak perkara belaku weyh. kalau nak dicerita, esok pagi pun aku tak siap taip.

sebelum aku membebel meraban, aku nak ucapkan Happy New year!! oh please.. dah nak masuk Tahun Baru Cina dah Huda.. yes aku tahu, dan aku nak wish juga. Hahaha..
sempana tahun baru ni aku nak ade azam baru. orang ada aku pun nak ada juga, biaselah orang sekarangkan tahun baru azam baru.. yertak? padahal azam tahun lepas pun tak tertunai lagi. #Fact.

Boleh tak aku nak cerita pasal azam aku tahun ni. boleh tak?boleh tak? kalau tak boleh pun aku nak cerita jugak.(^O^)

Okeyh.. azam tahun baru aku ialah nak tunaikan azam tahun lepas yang tak tertunai lagi, bukan setakat tak tertunai usik pun tak. *lempangplease* .. Joke jer.. Cis!

 Azam aku tahun ni ..

  • Taknak buruk sangka.
Aku sedar weh .. aku ni memang buruk sangka, tersangat -sangat. actually tak adelah teruk sangat cuma.. aku nak bersihkan hati aku yang kotor ni dari sifat buruk sangka kat orang lain, buka setakat orang lain tapi diri aku sendiri. Aku nak cerita ni tentang sifat buruk sangka aku. Masa form 1 minggu orientasi, masa tu semua budak baru, dan aku memang tak kenal dia orang semua. Aku ada nampak satu kelompok budak perempuan, tanggapan pertama aku lepas tengok diorang adalah - confirm budak tu gedik. Ok aku salah sekarang dia jadi kawan aku, kawan baik dan dia tak gedik. 
  • Say no to DENDAM
korang nak tau tak dulu moto hidup aku adalah, ONCE YOU'RE MEAN TO ME FOREVER I WILL MEAN TO YOU. sekali orang tu buat jahat dekat aku selama - lamanya  aku balas balik dekat dia. Yes aku ni sangat - sangat pendendamkan. Even perkara tu kecik dan kadang orang tu tak sedar pon, asalkan aku sakit hati, mesti aku dendam dekat dia. Dan dulu aku takrasa yang dendam dekat orang yang buat jahat dekat kita tu salah, sebab dia dah jahat dengan kita dah sakitkan hati kita..apsalah nya kita balas balikkan kan kan. Alhamdulillah.. aku dah sedar tak guna dendam dengan orang buat hati sendiri sakit jer. Tui tui.

  • CRUSH? :P
aku memang ada ramai crush! Dan tahun ni aku nak buang dia orang dari hidup aku. kenapa? sebab ada crush ni memang sakit hari woo.. mengharap pada yang tak sudi, bukan setakat tak sudi pandang pun tak cis! ibaratnya melukut di tepian gantang.. walah... sadis nasib aku ni.







nampak tak dua ekor makhluk kat atas tuh!!actually dia dah termasyuk dalam fav artis aku!! so leng zai meyh! (p/s: Idol is idol crush is crush beza okeyh!)





주의 : Doakan yang terbaik untuk aku sempena tahun baru ni yer.  ^^ Lap You #kisssetempek#






Pray For Gaza !!



Assalamuaalaikum! Ya Allah. Sedih sangat aku tengok dekat berita tentang saudara II kita di gaza. Israel laknattullah + amerika sangat kejam , lembab, putar belit ! Bayangkan bayi yang masih kecil tuh, jadi mangsa, sangatlah tidak berperikemanusian. Alhamdulillah, kerajaan Malaysia tak berhenti-henti  hulurkan bantuan dan sumbangan. #Proud of you.  Kita yang tak mampu nak sumbangkan duit dan tenaga ni hanya mampu berdoa. Sememangnya, doa adalah senjata mujarab bagi orang Islam. Ya Allah, kau kuatkan lah hati saudara II ku di sana  untuk menentang kezaliman Israel. Ya Allah.

주의: Whoever you are , I beg you please pray for gaza. Ya Allah Please help our brothers and sisters !


Hate Being Hurt






I choose you a guy who doesn't want me back. You're my friend. You know what I'm feel? Hurt. You doesn't know, how much tears that I've spill when remembering you the stupid guy. I just act like I don't care , pretend that I'm alright. Said to my friend that I don't need you or I don't care 'bout you. It just a lie.  Please!! Stop making me love you more each day. Just stop. I know how hard I try to push myself to forget you it doesn't work. But I'll try. You  hurt me.You were hurt me so badly .Are you happy now?Start now I won't let you close enough to hurt me.You just wasted my time! My bad too, for give my heart to you. Last! please stop your 'poyo'ness. Its annoying! Stop upload your 'kemeng' picture it just irritating. 


주의: I'm Crush on youI'm finally going to let you go.

My Friends



Hello buddies!! dah lama aku tak update sebab laptop aku ada problem. Ok tak mau cerita pasal laptop. Hari ni aku nak cerita pasal kawan. Yes kawan-kawan aku. Aku baru form 1, dan kebanyakkan kawan-kawan aku ni semuanya dari sekolah yang lain masa sekolah rendah. Tapi, disebabkan satu kelas kami semua jadi rapat. Diaorang baik, aku tak pernah menyesal kawan dengan diorang. LATHIAS' tu nama group kami. Walaupun, dalam group ni perangai kitaorang berbeza, tapi jarang sangat kami gaduh. Tapi langit tak selalu cerahkan. Adik beradik pun boleh bergaduh, lagilah kitaorang yang kenal tak sampai  setahun ni.

Alwani, Alees, Aisyah, Huda [aku], Izzati, Isma, Syafiqa, Nina (We're perfect eight).

        Aku sayang sangat korang. Takkan lah disebabkan ego masing-masing korang nak bergaduh. sedarlah wei tak guna korang nak bertekak. lupakan yang lama, buka buku baru. kalau bergaduh masalah ni takkan settle sampai bila-bila. takkan korang nak friendship kita putus. tak sampai setahun weyh. Korang bergaduh, semua sakit hati, semua sedih. Takda yang happy. Syafiqa, kitaorang sayang kau, tak pernah benci kau. Aku tahu Alees tak sengaja, dia nak nasihatkan kau itu je. Janganlah ambil hati, aku tahu cara dia memalukan kau tapi dia tak sengaja. Aku rasa Alees dah frust sangat. Sorry to saylah, tapi selama ni kau sedar tak Syafiqa, yang kau banyak sakitkan hati dia. Susah sangat ke kau nak sedar? susah ke nak sebut perkataan maaf. Aku bukan nak bash kau macam diaorang. Aku cuma nak kau sedar, yang benda ni jadi bukan sebab diorang je, kau pun puncanya juga. Kau ego sangat. Aku tahu kau pendendam, tapi dendam kau takkan bawa kemana. Takkan kau tak sayang kitaorang. Cukuplah wei isma dah pindah. Kau tahu tak sedih kalau kita kehilangan kawan. Kau suka ke kitaorang sedih. Wei benda ni akan settle kalau korang bermaafan dengan ikhlas. Alees kata dah takde gunanya kalau minta maaf. Siapa kata?? Korang, kalau korang sayang friendship kita, cubalah buka buku baru. Jadikan benda yang dah berlaku ni sebagai pengajaran. Akan datang jangan buat lagi. Syafiqa, kau jangan salahkan Alwani, dia pun tak salah. Dia nak nasihat kan kau. Bukan nak menyampuk ke apa. Sedarlah syafiqa, kau pun salah juga, Alees dia dah tak tahan dengan perangai kau cukup kau panggil dia elok-elok layan dia sebagai seorang kawan. dah cukup. dia tak minta banyak. Kitaorang bukan nak letak semua kesalahan dekat bahu kau. Tapi penyelesaian nye semua pada kau syafiqa. Kitaorang sayang kau. Semua tak nak kehilangan kau.


When we first talked to each other I knew we would always be friends. Our friendship has kept on growing and I'll be here for you all to the end. You listen when I have a problem and help dry the tears from my face. You take away my sorrow and put happiness in its place. We can't forget the fun we've had. Laughing 'til our faces turn blue. Talking of things only we find funny. People think we're insane. If they only knew! I guess this is my way of saying thanks for catching me when I fall. Thanks once again for being such a good friend and being here with me through it all.


주의 : Dear Friends I love You.. You're my happiness ^^

Good Luck My dear


She's a Annoying sister ever.
She's a Irritating
She's a Naughty
She's never listen me well
 BUT
She's a protective sister
Sister as place to express what I feel
Even she never listen me well
And person who keep my secret a lot.



Budak ni selalu jer bagi komen yang tak membina. walaupun dia tahu aku ni tak tetap pendirian. Ops~!
Dia cakap blog aku buruk, macam taik cicak. Kesah pulak aku. aku cakap blog dia gedik warna pink, lepas tu ayat dia dekat entry semua gedik sampai aku rasa nak campak pasu bunga atas kepala dia. Boleh pulak dia kata aku jeles sebab blog dia cantik. kau guna blog skin memang ar cantik. cantik? maksud aku  blog kau agak  kemas. Aku ingat lagi masa tu aku dengar lagu one direction (budak ni memang directioner) one thing. tiba-tiba dia tanya aku. Kak berapa lagu One direction yang kau tau, aku cakap 3: one thing, whats make you beautiful dengan ok aku dah lupa. Boleh dia cakap, tak tahu One direction nak dengar lagunya. Heh memang annoying giler budak ni. then dia sebuk sebuk dengan INFINITE aku. yang tu memang aku tak boleh sabar. dia suka leader gyu aku. huuhu... aku amik Zayn kau yang tak hndsome tuh baru tahu.

 By THE way, walau seannoying mana pun kau, kau tetap adik aku. Bell  , hari ini first day kau UPSR. kakak dah rasa dulu. dan kakak tak berjaya nak tunaikan hasrat mama dan baba untuk dapat 5A. sedih . so, that, jangan kau nak berani kecewakan mama dan baba macam kakak. cepuk kang. By hook or by crook you must get the 5A's. If your hook doesn't come in, swim out to get it.

Kakak maafkan semua kenakalan dan keannoying -an kau. walaupun pagi tadi cara akak maafkan gaya kakak ni mak tiri kau, tapi sebenarnya kakak ikhlas yer.  So jawab exam dengan tenang.

주의 : budak UPSR buat cara budak UPSR. ni tak, asyik nak cantikkan blog kau yang gedik tu jer. Facebook lah twitter lah. belajar sana!

Selamat Hari Lahir Yaya


saeng il chuk ha ham ni da
saeng il chuk ha ham ni da
sarang ha neun yaya shi
saeng il chuk ha ham ni da~~~ Yea!! *tepuk-tangan*






Sebenarnya, birthday dia 9 Sept ahad lepas, tapi hari ni baru aku rajin nak update entry pasal budak kecik ni.
Yaya punya majlis dah sambut awal-awal dengn kawan dia. Kesian aku tak dapat nak join. sebab dia buat pagi-pagi hari jumaat pulak tuh, aku sekolah. Then lepas balik sekolah aku cuma dapt makan lebihan drumstik kawan-kawan dia. Sedih.aku tanya dia nak hadiah apa. Senang jer dia cakap, bawak kita pergi Soh Mart, nanti kita pilih sendiri. Korang tahu Soh mart tu apa? Mall? bukan ofcorse *dah tentu mart yer market toh* sebenarnya Soh Mart tu kedai dekat kawasan taman perumahan aku. sebuah kedai yang jual barang yang bukan-bukan lepas tu ada snooker atasnya. Aku pelik. takda kedai lain dia nak pergi, dah lah hadiah nak pilih sendiri. Cet! banyak lawa. Aku cakap dengn yaya, hadiahnya hari Ahad, sebab hari ahad baru tarikh birthday dia yang sebenar. Lepas tu dia boleh nangis, dia kata hari jadi dia hari Jumaat. Ok! fine. suka hati au lah budak. kesah pulak aku. ku cakap dengan dia, yaya kalau nak hadiah tak yah nangis, kalau nangis tak ada hadiah. Baru senyap. lepas tu sepanjang hari dari hri jumaat sampai Ahad asyik tuntut jer hadiah dia. Eh! budak ni. Tapi hari Isnin baru aku bawak di pergi kedainya.

Dekat kedai tuh, dia asyik pusing-pusing  jer. Bila ku tanya nk hadiah apa, dia kata tak tahu. Aku cepuk budak ni kang. Haisyh. Aku tunjuk tu taknak ni taknak. Entah ape-ape. Last-last aku tunjuk tabung baru dia nak. *Aku tahu dia nak sebab sekrang dia tengah kaya, duit raya banyak*


entah apa-apa kan. Yaya ni, aku nak cerita siket pasal dia. Taknak baca? kesah pulak aku. Ok, sekarang duit raya dia banyak, disebabkan dia cuma reti kira sampai puluh-puluh, dan duit raya dia dah ratus-ratus, dia suruh aku kirakan. Dan aku ni jenis kakak yang baik, aku pun kirakan. RM*42.00. ada lebih 2 ringgit *aku nak genabkan RM*40.00. so aku cakap yaya kita nak 2 ringgit, yaya kan kaya, kita nak beli burgerlah.

mesti korang pelikkan, 2ringgit dapat pulak whooper. wateva. Firstly dia tak bagi. dia ckap tuh duit dia. memanglah duit dia, ada pulak aku cakap tu duit pakwa aku sungyeol Cet! aku ugut yaya, kalau dia tak bagi 2ringgit, aku terabur kan balik duit dia pastu aku sepah-sepahkan, baling-baling. So, childish! last-last dia bagi jugak. itu pun main tarik-tarik. lepastu dia dah bagi tu, dia asyik ungkit jer, naik panas telinga aku.

 "kita dah bagi kakak 2ringgit. ambilkan kita air cepat"
"kita dah bagi kakak 2ringgit. teman kita mandi" yaya si penakut
"kita dah bagi kakak 2ringgit. temankan kita main game"

kita dah.. ok stop. akhirnya disebabkan aku dah fedup. aku cakap macaam ni. Yaya ambil jer lah 2 ringgit ni asyik ungkit jer. Hhaha. macm aku hadap sangat duit dia. korang tahu tak, balik jer dia dari sekolah dia beli burger, leps tuh sengih2 dan jeling2 dekat aku. What the fish! tapi dah nama pun aku ni kakak kesayangan dia. bagi jugak aku rasa burger dia even bukan whooper.

so, yaya kakak tahu kau ni anak manja baba and mama. kau nak apa semua diorang bagi, tak kesah lah dulu masa kakak kecil pun diorang sama jer. Belajar rajin, ingat apa baba cakap kalau semua dapat 100% nanti baba bagi PSP. kalau dapat PSP kakak boleh join. lagipun kau kan tadika senang jer kan. Tologlah jangan nak ungkit-ungkit sangat kakak jotos baru tahu. Kakak tak tahu lah kenapa kau ni penakut sangat, tapi kalau kau nak kakak teman kau depan tandas time kau ehem-ehem. kau suruh lah kakak kau yang lagi satu heh. Oklah aku taip panjang-panjang pun bukan kau baca. Selamat Hari Lahir. Be a good girl and responsible sister. Jangan malas time kakak suruh. Dan jangan ponteng kelas mengaji. kau baru jer iqra` ok. tu jer.

주의 : Yaya ajar kita mcm man cara kau bodek mama dengan baba. hhehehehe.


How I deal with my annoying friend

Hello, guys!
Korang semua mesti ada kawankan. Aku tahu, orang 'hot' macam korang kawan mesti keliling pinggangkan. Setiap kawan korang perangainya mesti berbeza. Ofcoz yes! . Kedekut, mulut laser, keras hati, kepala batu and so on. kalau aku tulis sampai tahun depan pun tak habis agaknya, nama pun manusia, macam-macam perangainya.*sigh*
We don't choose our friend. Fate chooses us. Benda tu memang... err macam mana nak explain, kawan adalah takdir dari tuhan. Walau seteruk mana sekali pun perangai mereka, apa yang kita boleh buat sedarkan mereka. Or, kalau dah tak tahan sangat tumbuk jer kasi mati lepas tu tanam belakang masjid. Eh! sapa nyampuk tu?
 Hari Ini aku nak cerita sikit. Macam mana aku  handle kawan-kawan kesayangan aku yang annoying tu, atau bahasa Melayunya menjengelkan, sakitkan hati, dan apa-apa perkataan yang korang rasa sekufu.

Aku ada sorang kawan, yang peramah tahap menyakitkan hati sampai aku rasa nak hantuk kepala dekat bantal. Kenapa? korang ingat aku nak hantuk kepala dekat dinding? Gila. Aku beri nama manja dekat kawan aku ni Betty. Aku tak tahulah, mulut dia tu kene sampuk apa sampai semua benda nak ditegur, nak ditanya, nak dijawab walaupun soalan tu bukan untuk dia jawab. Sampai kalau dia cakap dengan aku, aku dah takda jawapan untuk bagi dekat dia. Korang ada tak kawan yang berperangai macam tu? Tak da? Kesah pulak aku. Apa yang aku selalu buat apabila dia start buka mulut puaka dia ialah angguk, dan beri senyuman manis umpama Cuka  gula. Tapi dalam hati Allah je yang tahu. sambil-sambil tu aku fikir lah benda yang best-best, untuk nak elak stress contoh, dapat tiket percuma ke konsert Infinite or Sungyeol telefon ajak dating ke. Madah!

The showoff friend.
Firstly, I'm thankful to Allah sebab kawan aku tahun ni takdalah Showoff.
 tapi aku ada pengalaman. Sorang kawan aku ni, dia punya tunjuk-menunjuk, kalah Artis. Adalah satu hari tu, dia beli kasut baru, you alls thu dia buat apa? Masuk jer kelas dia punya jalan tu kalah Gorilla, mak ai cara dia hentak kasut dari pintu sampai tempat duduk tup tap tup tap. Bising. Aku memang kesian dekat orang yang Show off ni. Sebab mereka rasa orang lain tak sedar kewujudan mereka. So dengan Show off, umpamanya mereka bagi message dekat kita supaya sedar yang mereka tu ada.

"I'm here, please notice me"

lebih kurang macam tu kut. Dan mungkin jugak mereka rasa yang korang lebih hebat daripada mereka yang show off ni. So mereka tak nak ketinggalanlah. Jadi, korang yang tak show off ni, lagi hebat dari mereka. Pernah diebabkan stress sangat dengan perangai kawan aku yang sorang ni, aku bagi dia nama manja Tongkeng ayam.  Reason: aku tak suka tongkeng ayam. Uikks!

Kawan yang kedekut tahap tahi hidung salty. Tapi, bab nak pinjam barang kita dia no. satu.
Aku memang cukup geram dengan orang yang perangai macam ni. Huh perangai macam setan  opps! 
Aku rasa macam nak lenyak orang yang berperangai macam ni guna steamroll jer. Ada ke patut. tak patut... aku ada kawan macam ni. memang sengal otak aku nak hadap. selalunya kalau orang yang aku dah tahu perangainya kedekut, aku memang tak bagi dia pinjam barang aku. Dia fikir mak bapak aku bagi aku duit sekolah untuk tanggung keperluan dia. sedap sungguh hidup dia. 

Lambat pick up punya orang.
atau yang suka tanya soalan Bodoh stupid quest
Ah! kalau ada sorang kawan dah buat aku hampir gile, tak dapat aku bayangkan kalau ada 10 or 20 whether 100 friends!! Kyaa! mati. Contoh Stupid Question dan jawapan dari aku.
A=aku
S=friend with stupid question
Depan pintu tandas
S: "weyh kau nak buat apa pergi tandas"
A: "aku nak Shopping jap, tadi aku tengok mak cik cleaner buat sale"
S: " Ada pulak shopping dekat tandas, nak shopping dekat mall lah"
A: "dah tahu apasal tanya?"
S: "hehehehe saja. . ." sengeh, sambil buat peace. Annoying giler!!

Otak aku dah sengal ,tak tahu nak taip ape. so then. Bye have a nice day with your annoying friend!

주의: Everyone has that one annoying friend if you don't have one then it's probably you. Beware!








Number disability

Weyh nota, sejarah aku belum siap, siapa yang baik hati sangat nak tolong buatkan?*tanya sambil mata kelip-kelip* kalau belum siap nota tuh pergi lah buat yang kau berblog bagai ni apahal!* wait! aku tahu korang bengang. Ok, sebenarnya aku rasa aku mesti tulis jugak entry ni, sebab aku takut lupa entry yang tetiba muncul ni.Cakap mengenai lupa, aku memang seorang yang pelupa. Dalam otak aku sekarang ni, cuma ingat 3 nombor phone je. serius!

  1. no.phone rumah
  2. no.phone rumah kawan aku (aisyah)
  3. polis
Wah! awesome gile, hebatnyer dapat hafal 3 nombor. Kata huda kepada dirinya.
Hebat kau kata?
No. phone aku sendiri pun aku lupa. sedih!! aku try hafal, tapi esoknya dah lupa balik. ayoyo`
nasib sifir sembilan aku hafal.=_="Tidak hanya no. phone tapi tarikh lahir. Aku ada 7 orang kawan yang kamching dengan aku. sorang pun tak da yang aku ingat tarikh lahirnya. so for izzati, nina, wani, alees, fiqa, aisyah, isma. sorry meh, kawan hangpa ni agak lambat dalam menghafal sebarang benda yang berkaitan atau pun berkait-kaitan dengan nombor. harap maklum. so, aku nak buat nota sikit hari ni

  • Nina > 2/2/1999
  • Wani >30/7/1999
  • Fiqa >29/6/1999
  • aisyah >15/4/1999
  • alees >6/4/1999
  • izzati > 16 /2/1999
  • isma> aku tak dapat cari.
9 birthday orang jer yan aku ingat. kebanyakkannya bulan 8 sama dengan aku. hah!
  1. nenek^20 august
  2. aku^16 august
  3. baba^14 august
  4. rifqi^16 august
  5. razif^18 august
  6. sungyeol^ 27 august
  7. mama^28 oktober
  8. bella^12 november
  9. yaya^9 september
yeah! dapat ingat. see? aku senang ingat bulan august, sebab sama dengan aku. so sape2 yang lahir bulan august tuh, ada harapan lah untuk aku ingat.
apa motif aku buat benda ni semua, sebenarnya aku tadi buat sedikit research tentang bab ingat-mengingat ni. Tapi nama orang aku senang ingat terutamanya artis yaw!, cuma bab nombor je lah. dulu nombor ic aku sendiri pun kawan aku yang ingatkan. Dulu yer dulu.so, kesimpulannya yang aku boleh buat sekarang, aku mudah ingat benda yang minat or terpaksa ingat.tapi, bab no phone tu bukan perlu ingat ke?? nasib baik bab pelajaran aku ok. and aku tak lah tergolong dalam Dyscalculia, which is math disability.(mengikut kefahaman akulah) fuhH.







주의: 012-0000xxx. ni no phone aq. korang wajib ingat.nanti bila-bila kalau aku lupa korang tolong bagi tau heh.





HAPPY BIRTHDAY

Hari, ni aku tak da idea nak update ape dekat blog aku. tapi disebabkan dah terbuka blog ni, tiba-tiba rasa macam ada semangat nak tulis. tulis? aku bukan taip ke? abaikan. back to the topic.
Tadi aku selak, selak lah majalah epop, bulan-bulan yang lepas. motif? sebab aku dah bosan, nak kata takda kerja, Folio sentuh pun belum. ape seyh. so, ni contoh majalah epop.



kalau korang memang kpop lover, mesti tak pernah miss beli majalah ni. pada yang tak tahu lagi kewujudan majalah ni, jangan lepaskan peluang beli ok. murah jer kalau edisi biasa harga dia RM4.00, kalau macam hari raya mahal sikit lah.. apasal tetiba aku jadi promoter ni??melalut jer. tapi tak pe lah nak berkongsi-kongsi infokan. sharing is caring right.
then, time aku selak,selak tu banyak kali jugaklah , nampak artis yang birthday dia sama bulan dengan aku! aw!! sweetnyer.gedik sudah. sama bulan jer kot, tu pun nak gedik tahap gaban, ape seyh. eh suka la blog aku. kesah?!

3 Artis korea kelahiran bulan ogos akan diumumkan sekarang
*tepuk-tepuk*
 Sungyeol (infinite)
27 August 1991
Oppa! you already 21 now. Maintain your chodingness. hope you got more lines in infinite future songs. so that i can hear your heaven voice.

Niel (teentop)
16 August 1994
niel, happy birthday. birthday kita samalah niel cayalah! dulu kita suka dekat niel, tapi sekarang sungyeol is the first lah.

Seung Hyun (ft.island)
21 August 1992
sarang,sarang,sarang! mamber yang paling best dekat ft.island. maknae ofcourse lah kawaii!!

sebenarnya ramai lagi, tak sanggup aku nak tulis panjang-panjang.

  • tiffany (snsd) 1 august
  • hyung jun (ss501) 3 august
  • kyu min (led apple) 10 august
  • gong chan (B1A4) 14 august
  • hoon (u-kiss) 16 AUGUST *sama dengan aku*
  • jo kwon (2am) 28 august


ramaikan... bertuah betul yang lahir bulan august ni.

aku
*the one yg pakai baju coklat tepi sekali*
16 August 1999

Razif
*gambar curi*
18 August 1999

siapa 2 makhluk diatas?? siapa lagi gambar pertama ialah aku dan yang bawah tu si areII. Weyh razif, aku nak wish selamat hari jadi dekat kau ek. thanks so mch untuk gambar kek yang kau post kan tuh. even tak boleh makan.sorry wey, aku Wish lambat, time tuh kan last-last puasa, aku dah balik kampung. lepas tu broadband, atau yang lebih dikenali sebagai berukband lambat macam siput. so aku tak leh lah nak bagi kau gambar ke hapa... sorry heh.

주의 : sebenarnya aku just nak bagi tahu, aku dah 13 tahun. baba, tengs for the books. love it.

Lost My Ipod!

Kyaa!!
I've lost my Ipod! macam mana nak cari ni. dah satu rumah aku selongkar. Tak jumpa juga!!
Even, Ipod tu tak ada lah mahal sangat tapi, Ipod tu sangat bermakna!! Paksu bagi sebagai hadiah UPSR.
so, kepada sesiapa yang terjumpa Ipod aku ni... please... pulangkanlah.*macamlah aku sorang jer yang ade Ipod kaler silver*DOAKAN PODDY AKU JUMPA BALIK HEH

 I MISS MY PODDY ALOT  T_T

KOLAM AIR PANAS and that boy...

Assalamualaikum,
hari ni sabtu. pagi2 lagi mama dah gegar biik aku sruh bangun.... huhuhu
then ikut mama hantar adik pergi camp.. huh.
dekat mana tau? dekat kolam air panas. 45 minit dari rumah..

memang bosan dekat sana..
walaupun dekat kolam air panas
"kolam"=main air.
tapi, inche Huda tak bawa baju lorh.
memang lah plan tak nak main air..
malu lah konon, dah besarkan..
tapi jiwa kanak-kanak riang masih ada lagi rupanye.. *sigh*
aku nak main air, nak lompt-lompat dalam air!!

tahu tak bertapa tensionnyer aku.
mama boleh plak pergi tolong cikgu2 adik gotong royong memasak.
yang adik2 sepupu aku+abang sepuupu aku, belum2 lagi dah lompat dalam kolam
so, secara rasminye aku hanye menjadi tukang penjaga beg, dan makanan.
nasib aku ada penyelamat!!! aku ada bawa KOMIK!! and NOVEL!!
selamat aku khatamkan komik wasabi.! sayang wasabi!!!
dan yang paling best!
i saw him!
yeah, my abang sepupu punya kawan..
kacak kot
tapi sedih lah... dia nampak aku time aku jadi tukang jaga beg.. huhuhu
mesti dia ingat aku budak nerd (tapi aq memang nerd)!
sebenarnya aku kenal  dia dah lame. time tuh aku masih hingusan lagi.
6-5 y/o.. then rumah aku dekt jer dengan rumah dia. dekat kot,  dekat dengan taman tempat aku selalu lepak(dulu-sekarang aku nerd tak campur orang)
first time(dulu) aku nampak dia dekat rumah dia sebab rumah dia depan taman. Dalam hati aku 'putihnyer' sweet dengan tahi lalat dekat leher.. yeah like my sungyeoll!

even aku kate aku dah 'kenal' dia ... tapi aku tak tahu nama that boy lah..
aku ada gak try pasang telinga time abg sepupu aku duk borak2 ngn dia.. tapi.
maybe aku ada sound problem + sound trouble , aku just dengar abang sepupu aku sebut nama dia aril or akim (tapi akim nama abang sepupu aku).. and yang tak syoknye aku dengan abang sepupu aku cakap dia pLayboy... huhuhuhu..

p/s:patut tak aku tanye adik kepada abang sepupu aku nama budak lelaki tuh siapa. coz adi sepupu aku tuh anak angkat kepada ayah lelaki tu... argHH malu!

SOMEONE.

Assalamualaikum.
So, sekarang aku dah bosan sangat.
YES! semua ni sebab dia.
Siapa 'dia'? hanya Allah yang tahu.
Fine, dia dah sombong dengan aku.
dia dah ada kawan lain kut.
Tak nak dah kawan dengan aku.
What should I do.
Better, aku deactivekan jer acc, aku yang lagi satu
then buat baru. tapi aku dah ada 3 acc. Tak terjaga...
memanglah aku ni... asyik lari jer dari masalah.
Why you do this to me??


FINE!!!... pergilah dengan sombong kau!

LINE2, IRK2 awesome!

yuhuu!!
aku nak post entry pasal Huda dan rakan-rakannya *skema ayat kau Huda*
ake bersyukur sangat-sangat sebab tahun ni, aku dapat kawan-kawan baru yang sungguh awesome!
terutamanya geng line2!*nama tak bleyh blah*
budak kelas IRK2


geng line2 : alees, huda, izzati, alwani, nina, fiqa, aisyah

  Kiteorang memang rapat sebab were
                        geng budak gossip (GBS) and Noh secret admire
memang klaw bebual gossip jer biaselah tuh remaje.. hahax
NOH?? whos noh?
noh bin kamal wong, our prince charm, dream guy!!

you noe what, noh is the perfect, i meant hampir sempurna guy!
#hari tu lah, aku dengan aisyah duduk dekat bus stop borak2 nampak noh gi masjid he's form5 ada kelas tambahan, so balik lambat... wah! noh alimnyer kau! huhuhu
#then, mase gbs tengah gosip dekat tempat letak kreta cikgu, tiba2 noh lalu, dia pergi astaka, gbs, pon ape lagi lalu depan astaka then lambai noh, wah!! noh senyum dekat kiteorang!! Fantastic Baby!!
#masa hari Gerko@keusahawanan@hari sukan, Noh budak form5 kene berniaga, sesak giler gerai die , "gempak squad" *nama gerai noh x bleyh blh* .. Noh plak dia kene masak pastu dia pakai apron! so sweet!
#lepas tuh masa balik, gbs tunggu parents tepi jalan tiba2 Noh muncul naik motor dengan kawan dia! Alees cepat2 ambil gambar dia, tapi lambat.. Noh dah jauh.. huhuhu..

 Entry aq ni macam budak gedik jerkan.. ada aq kesah??

 ***
LINE 2 FOREVER
budak-budak line2 perangai, sikap, berbeza
tapi apabila kami bersama, we're definelitly
AWESOME 
neRd99




PINDAH KELAS

yaw!
dah lame giles tak post niyh, haisyh tak kesah ler.. bukan korang rindu pown kan...
entry aku hari tentang kene pindah kelas!!.

aku budak kelas 1RK2 memang awesome! even kiteorang pindah kelas baru yang agak buruk*dulu..
first time, memang lah tak nak pindah, sampai kiteorng pakat nak bako pejabat sekolah.. hahhaa *tak matang*
sebenarnya ada reason kiteorang tak nak pindah..

kelas 1RK2 yang lama tempatnye memang strategik,bawah kelas form4, depan tangga..
so. klaw rehat nampaklah budak-budak form4 turun..
memang dah naseb kot, budak form4 tahun niyh handsome2 belaka.. *gedik!*

kalau koranglah, dah ada kelas yang korang selesa pastu kene pindah kelas lain.. ofcoz tak nakkan..
lagipun kelas aku yang kononnye baru itu agak sedikit buruk dan jauh dari makmal sains dan bilik ictl...
tak sanggup aku nak menapak jauh2..

tapi... apalah daya kami yang hanya budak form1 nak lawan arahan pengetua... walaupun berbakul kiteorang bagi alasan dekat pengetua.. haisyh.. akhirnya terpaksala kami angkat meja dan perabot2 dalam kelas dan bawak ke kelas 1RK2 yang baru.. berotot tngan aku tau...huhuhu.. kene angakat 3 meja, sebab kawan sebelah aku tak datang... minggu depannye aq sruh dia blanje aku mi hun sup..*amik kau !

first time tengok kelas tuh!
OMG!! gojes giler kelas aq!
*tak de lampu
*papan hijau berlubang
*tingkap tak cukup sifat
*pintu rosak
FANTASTIC BABY!

lepas kiteorang pindah kan, biaselah bdaq form1 1RK2 memang terkenal dengan budaak2 yang agak kekecohan mulut yang tak dapat disangkal lagi... cikgu sape ntah aq lupe namanye razib kot.. dia cakap cam niy

 ckgu= ha, ni dah boleh ketawa2 ni suke lah tu kelas baru
1RK2= mana ade cikgu benci!! kelas ni
1RK2= eh cikgu jangan salah faham eh, kiteorang ketawa tapi menangis dalam hati
blablabala...
ckgu= takpe, nanti pihak sekolah pasang lampu..
1RK2= bukan lampu jer, tuhah belakang cikgu papah hijau lobang, ganti sekalai ngn whiteboard
1RK2= cikgu, pintu tu tukar pintu slide cikgu!
1RK2= cikgu cat lah kelasnye baru semangat
ckgu= nak warne ape?
1RK2= hitam!
1RK2= pinklah ngek!
1RK2= biru cantik gak *aku lah ni
1RK2= cikgu pasang aircond!panas ar
ckgu= eh aircond? dengan rumah2 awak sekali saya pasangkan..

sengalkan cikgu keteorang.. btw, pihak sekolah just ganti tingkap, lampu dan whiteboard *aq nak cat kelas warne biru* tapikan lepas di makeover kelas kami oleh puan rusiah, akhir alhamdulillah cantik kut...

sekarang! all of 1RK2 dah suke sangat ngn kelas baru..
not need aircond, kelas kiteorang dah macam tepi pantai you know.. berangin bagai
nampak bukit!*indah sungguh
sebab kelas kiteorang dekat dengan tangga! *asyik2 dekat tangga*
tersorok!!nak lepak atas tangge pon senang
and sebelah dengan blok letak motor!*nak ngorat niyh!
then satu blog dengan form3*ada abang gojes* hehehehe...
dan yang paling best! blok paling dekat dengan pagar ! nak cepat balik!!

aigo!! fall in love with newclass RK2
sungguh gojes!
kalau dulu, cikgu tanye sape nak pindah kelas baru, sorang pon tak de angkat tangan
klaw sekarang cikgu tanye sape nak pindah kelas lama, ofcoz kiteorang tak nak!
 the greatest class ever! 1rk2nerd99



HAPPY HOLIDAY!! \^0^/


HAI!! today, hari kedua cuti sekolah...
happy! suka! gembira!
standard lah kan... murid sekolah ofcoz suka school break..

dalam gembira2 bercuti, ada sedih disebaliknya..
ya! my lovey teacher, will remove to another school this week.. T_T
Miss.Ee Sze Yin, my first chinese teacher, dia memang baik,
dia buat kan aq lebih semangat time subject math,
dia ajar memang cepat, cepat habis,
tapi aq tak kesah, aku sanggup berguru dengan kawan aku sampai seminggu
disebabkan aku x faham apa yang dia ajar...
aku tak kesah sebab aku sayang dia, and i dont want another teacher!
tapi, apa jer yang aku boleh buatkan, so just let her go..teacher! dont you ever forget me!

MIss EE SZE YIN.. teacher ! how cute a you?
for geography, hem aq lulus 25 eviden tuk setengah tahun.. jyeah!!
only 2 pupils pass it. Me and Alees!.. syukran2!

help me! aq ada 3 kerja krusus, nak di siapkan dalam mase 2weeks..
mai god! seriously, aq dah fedup nak buat kerja krusus Pend. Islam..
susah dowh, lappy aq dah ler tak install progam tulisan jawi.. hampeHH

last night aq khatamkan sebuah lagi novel
~lili buat najah~

memang! sedih tahap giga!! firstly, aq tengok mama baca, she's crying! wah! aq pun excitedlah..
ergh memang sedih sedih sedih..! i hate sad ending.. but this novel is superb awesome..
pada aq najah tuh sangat perfect! as an angel...btw, good job writer!..you make me cry..

ada lagi dua novel yang belum aq baca


 cinta kontrak, aq dah baca separuh novel ni dekat online, best, so im very excited to finish it!
gempak!

actually, bila aq baca novel karya pinggu toha memang aq akan pening, dan lambat habis or tak habis baca, coz of one reason, bahasa dia tinggi!..

i hope this school break, my mama will take me to go holiday... boleh lah mama!!*merayu*
p/s:you all doa kan ae, mama ajak aku pergi tempat yang best! nanti aq sayang korang!


HATE HIM

HAISYH! kau ni kan pagi2 lagy dh buat mood aq spoil habis..
you said me "sial" eh kau lagi hundred "sial" mehH
aq x pernah ckp kasar dgn kau...
pehal plak kau nak bersial2 dgn aq nih? fuck you!
"dont' judge the laziness by my helpless"
bukan aq tak nak buat... tapi aq x sempat,
lagipun who  you to blame me ha?
kenapa aku sorang jer...
im not heart you but i hate you..
once you hurt me forever i  hurt you ...
hate that i was like you!!
now i'm officially be your hater... we're war (x bleyh blah)

for someone that heartless...(BM)
from girl who is being hurt..


EXAM TIADA ^^HAPPY!

ASSALAMUALAIKUM!
hidup ku bhagia ..
ceHHH.. tahu x exam tak da!
because aq budak form1 yg lahir pada tahun 1999, yakni pelajar pertama yg 
x ambil exam PMR.. fuh.. mesti korang suma dh tahukan.. aq jgak x ada exam stgh thun and akhir thun..
aq cuma ambil PBS jer..
jer?? tahu x s'bnarnya pada pendapat aq yg x sampai 3 bulan
menjalankan PBS (peperiksaan berasaskan sekolah)..
PBS sngat membebankan..
cehh pada aq lh..
especially for geography .... uhuhuhu banyak giler nak kene ingat
aq lagi suka klaw ada exam cam biasa...
sudah lah banyak eviden yg kene siapkan..
okey, sebenarnya PBS tuh x lah teruk sngat..
maybe aq just tension sbb geo tuh.. 
ada pbs pon okey boleh bincang secara senyap2.. hihihihi
SYHHH! ni rahsia antara kau dan aq^^
 PEACE!!

BAD MOOD...

ARGHH!!
seyess aq tgh tension giler.. sampai rasa nak nangis..
masalah sekolah, kawan.. exam nak dekat lagi. aq x tau nak buat ape larhh..
time ni aq rindu giler dgn kawan2 lama aq!! aq nak pindah sekolah!!
aq benci dia!
ini bukan salah aq tapi this your false!
kenapa hah? kenapa jadi cam ni... seyes wei aq rindu dkt ko isma, afifah pown!
kenapa aq ni asyik nak nangis jer hah... hati aq x tenang..
nak tukar sekolah!! aq dh x tahan...
ni semua punca dari kau!!... hati aq sakit sangat.. pedih, sapa tahu??

korang... kenapa aq jadi mcm ni?
bukan ker sepatutnye aq happy?? dulu bukan ker aq harap sgt ko x de? tapi sekarang ..
aq memang, memang x bersyukur....

ape yg patut aq buat?
buat bodo?
pura2 yg aq happy?
huh.. aq mcm dh hilang diri aq yg s'benar..
knape semua org tengok aq yg salah...

aq sedih sangat...
friend like you is such as trouble betul lah..
tapi selama ni, pernah ke aq anggap kau kawan? bukan ke dulu aq benci dia??
kenapa dia ni teruk sangat? ke aq yg teruk...
lepas ni aq rase aq nak jadi huda yg dulu,
yg x peduli org, x layan org...
hati aq sakit!!
aq x nak ada ape2 kaitan dgn kau..
aq nak ambil balik prinsip hidup aq yg dh lama aq buang..
"sekali org x kesah aq, selama-lamanya aq x kesah dia, 
 sekali org sakitkan aq, selama-lamanya aq sakit kan dia.."

ah! d'sbbkan prinsip aq nilah aq k'hilangan kawan yg aq syg...
aq x tau nak buat ape.. sabar?? hati aq x bleyh saba lagi weyh..
patut aq just ignore jer si bedebah tuh... sedih...
x de siape paham aq, x de sapa kesah aq...
aq ni x de ape2 makna pada diaorang.. aq x de lagy bagus maybe...
 aq sedar aq teruk,tapi kau lagi teruk...
x cukup aq tolong kau selama ni?? bukan nak ungkit tapi patut kah??
kau buat aq hilang keyakinan diri, aq sabar, kau x kesah kan....

kenapa kau sangat x paham aq,
kau org yg paling rapat ngn aq,
tnpa aq sedar, kau buat aq susah!!
teruknya..

Sometimes I feel like we're friends, sometimes I feel like we're more than friends, but sometimes I feel like I'm just a stranger to you
.
huda just be super ignore!!
nobody cant hurt you, but you can..
nobody cant make you sad, but you can
all the problem is make up by you.. yourself!!

klau kau sedih, semua sebab diri kau sendiri!
klaw kau nak happy, kau kene happy..

keliru.....
ya ALLAH... aq hamba yg lemah...
tolong lah aq,
lindungilah aq,
selamatkan aq,
tenangkan hatiku...