Potato

Assalamualaikum.

He is an athlete
Shower with his sweat
Ran swiftly
Got medals for his team

And here I am
Just a potato
A lazy potato
That got many fat.

He's stunning
where my self-esteem??

He's jaw-dropping
I can't find my self-esteem
.
.
.
Im just a potato (a cute one)



주의: Chin up Huda. Dont let it get to you


Before PT3.

Assalamualaikum.

     Malam yang.... membosankan ? Sepatutnya aku study sekarang ni tapi hari ni mood aku hilang sebab masalah kat sekolah. Sakit hati dengan manusia yang tak reti nak minta maaf bila dah buat salah. Ye memang maaf tak boleh settlekan problem. Tapi atleast hati aku ni boleh lah cool sikit kan. Dan bila buat salah the first thing is to apologize. Its the rule. Adab letak kat kaki ke? Aku tak ada lah marah sangat dekat kau, tapi aku sakit hatilah barang aku rosak. Dah lah buat macam harta sendiri dah rosak jeling gitu je.

      Malam ni sangat random. Cuma nak meluah kan apa yang terbuku di hati. Tambah lagi dah nak exam. Otak sesak dengan macam-macam. Pagi tadi cikgu dah tampal jadual PT3. Memang dah dekat sangat ni. Jangan tanya aku tarikh PT3 serius aku tak amik port. Yang aku tahu dah nak exam lagi 2 weeks something?

     Masalah besar. Aku ni pelupa. Bila study aku kena study last minute dekat-dekat nak exam (selalunya malam exam) Seksa sangat. Berpuluh-puluh chapter satu malam. Memang boleh survive sebab result aku alhamdulillah okay. Cuma seksanya tulah yang tak tahan. Dan jadi problem bila aku salah setting masa. Before study selalu aku akan plan betul - betul. Contoh esok exam BM (pagi) KH (tengahari) . So petang aku buat revision BM malam aku pulun habis-habis KH (form 1- form 3) pagi sebelum pergi sekolah recall balik BM lepas exam BM buka buku KH.

   Tapi masa percubaan hari tuh, aku yang memang malas tengok jadual exam just tanya kawan je esok periksa apa. Last - last kawan bagi salah  info. Memang blergh... arghh. Malam tu aku dah pulun habis habisan PI. Last-last paper first Mathematics !! Dah lah aku cuma selak- selak buku Math form 2 je. Memang nak nangis ahh pagi tu bila tahu paper first Math. Nak marah kawan salah aku juga sooo berserah pada yang esa je lah. Jawab exam berdasarkan apa yang aku ingat. Tapi tak banyak yang aku ingat...

    So result percubaan aku memang down lah. Daripada exam mid year 8 A trial jadi 3A. Daripada Top 1 jadi..... *hembus nafas* okay dah perkara yang lepas jangan dikenang dehhh. Yang penting ni PT3. Doakan aku dapat jawab exam dengan baik. Result straight As. Amin. In Shaa Allah aku akan buat yang terbaik !!!
Nak letak gamba lah. Boleh?


 Good luck batch 99. All the best for us. The goverment's lab rats
.
주의: PT3 candidate 2014. 

Bumi

Assalamualaikum

Bumi ni kan bulat,
Kau di atas dengan riak di hati,
Kalau tak hati-hati,
Takut nanti jatuh tak ke atas lagi.

Bumi ni berputar,
Kalau selalu berdiri meninggi diri.
Risau nanti kepala pening,
Sakit sampai nak mati.

Bumi ni semakin tua,
Kalau bumi ni mati,
Fikir boleh stay di pluto 2-3 hari,
Kau pun tak kekal nanti.

Bumi ni makin panas,
tapi neraka lagi panas,
Dosa kau tambah hari-hari,
Tahu tak Si Izrail dah lama ready.

주의: Note to self


How I Wish

Assalamualaikum..

How I wish I can forget you the way I did to Ariana.

How I wish I can rids all my feeling to you easily.

How I wish I didn't know you at the first place.

How I wish I can turn back time and prevent myself from knowing you.

How I wish you're meant nothing to me.

How I wish I can turn you into stranger.

How I wish I didn't miss you the way you didn't miss me.

How I wish your name didn't cross my mind every single second in my life.

How I wish your existences is not my source of happiness.

How I wish I didn't smile like an idiot when we were together.

How I wish I'm not falling for you this hard.

How I wish it didn't feel this hurts.

주의: Thanks for the memories. I take this as an answer of my prayers :')

Kesadisan raya.... *wipe ur tears*

Assalamualaikum !

Selamat Hari Raya uolllss...
Rare sangatlah kan wish hari raya malam-malam cemni raya ke empat masuk raya kelima pulak tuh.. hahaha
Actually tengah nak siapkan sains band 6, tapi dah bosan sangat nih mood macam tetiba hilang so update blog lah kalau tak memang berhabuk lah blog ni.

Weh sangat sangatlah sadis raya time ada exam besar ni. Sebelum cuti lagi cikgu dah bekalkan "kuih raya" kalau kuih raya betul tak apa lah ni homework berbakul-bakul. Kamon lah cikgu saya tahu saya nak exam besaaaaqqq tahun ni. Tapi... nenek-nenek sedara saya semua rajin buat kenduri, dan saya sebagai cucu harus datangkan tu nama adab kan. Pastu pastu saya kena tolong cat rumah lagi.. nak raya kan. Belum campur shopping baju raya semua. Macam takde masa nak siapkan homework. So tinggallah waktu 3 hari ni je yang ada untuk siapkan homeworks Mathematics, sains, kemahiran hidup, pendidikan islam, sejarah, Bahasa melayu, English dannn tu je kut. Sedih lah macam ni... Nasib duit raya dapat banyak terubat gaklah sedih saya nih ececehhh. Yerlah even dah form 3 tapi muka babyface kan tu yang dapat duit raya lagi. Muehehe.

Sebenarnya hati dan jiwa ini masih tak sedar apatah lagi bersedia nak menghadap exam. Please lah rasa nak lempang pipi ni kasi sedar sikit. Besarkan tiduuuuuur jer. Haishh lagi satu penyakit malas pun masalah gak. Serius weh aku rasa semua benda malas nak buat. Rasa nak nangis pun ada..  Sesiapa tolong lah siapkan homework aku mathematics aje  pun jadi lah.. tolong please please... please...  aku malas gila dokkkk

Stop the drama.

Sadis sangat yer budak form 3 tahun ni.. Eh taklah aku sorang jer yang sadis kekawan aku semua leklek jer berselfie tayang baju raya then upload kat fb, insta, twitter, muka semua happy macam Pt3 tu tak pernah wujud macam homework tu cikgu lupa nak bagi. Bertambah sadis bila ada sorang hamba Allah tu sombong bakhangg aishhh. Tak pe orang sombong selalu rugi. * Nah amik nik ketupat basi wekk * Triple sadis bila Raya ni tak puas nak main dengan dak kembar dua orang tu ergghh frust k. Lagi sadis bila aku kebosanan kat kampung pak su boleh senyum-senyum kambing texting dengan -bakal-maksu-to-be agaknye lah. Sadis bilawifi tak boleh connect dengan phone. Sadis sangaat bila dapat tahu sekolah dah nak buka..... Mohon cuti ditambah.

Ni sesi luahan perasaan apa? Dah ah wa nak cau.. nak layan perasaan atas katil lak dah pukul dua pagi ni.

Gambar raya tak ade. Ada banyak kat phone tapi malas nak upload. Kan dah mention awal-awal penyakit malas telah menyerang.

So selamat hari rayaaaa maafkan semua yang tersalah tersilap terkurang terlebih terkasar terkurang ajoo termaki terkutuk teremo ter... hmmm kita kosong kosong eh nak jugak kosong kosong. Hmm dah macam bola pulokk yer kosong-kosong. Maafkan aku ye sesungguhnya.. ingatlah,..tiada manusia yang sempurna semua buat silap. Korang yang berdendam tak nak maafkan kesalahan orang lain tu pikir diri tu dah perfect sangat ahhh? Cehh tetiba emo


주의: Kesadisan kehidupan membuatkan aku bertambah lapar eh matang eh?? Bila masa aku matang muehehehe.

Dia senyumkan..

Assalamualaikum,

Dia senyumkan,
Manis sangat,
Macam gula kapas merah jambu,
Yang manis, yang lembut,
Manis sangat.

Dia senyumkan,
Manis sangat,
Umpama lori gula tertumpah di bibir dia,
Sampai semut pun mati,
Terlebih gula.

Dia senyumkan,
Manis sangat,
Kalah coklat termanis di Malaysia,
Kalah coklat Toblerone yang aku suka,
Dia termanis dalam dunia.

Dia senyumkan,
Manis sangat,
Dia senyum sambil mata tertutup,
Aku tengok pun suka,
Suka sangat sangat.

Dia senyumkan,
Manis sangat,
Senyuman ikhlas,
Senyuman dari hati,
Memang manis,
Manis macam dia.


주의: Ini untuk kau. Hadiah untuk kau. Ya untuk kau. Ikhlas dari  hati aku yang paling dalam :')

Hati

Assalamualaikum,

Hati,
Jangan terasa,
Salah dia,
Salah kau juga,
Tahan air mata itu,
Tahan bisa katanya,
Cukup hanya ilmunya,
Jangan tamakkan kasihnya.

Wahai hati,
Sila belajar menerima,
Kasih itu kurniaan ilahi,
Jangan ditagih kasih itu,
Sudah ditakdir kasihnya,
Hanya secebis untukmu,

Hati,
Biar sakit itu,
Sila maafkan dia.

주의: Bila kasih tidak diberi sama rata dan ketidak adilan di tunjuk terang. BIAS

Suka

Assalamualaikum,

Aku suka kau,
Suka banyak, suka sikit?
Itu rahsia Allah,
Aku tak tahu,
Yang aku tahu,
Nama kau dalam doa aku.

Aku minta tuhan,
Buat kau suka aku,
Macam aku suka kau,
Minta kau rasa sakit suka aku,
Macam aku sakit suka kau.

Nak pesan ni,
Kalau dah suka aku,
Minta di jaga suka itu,
Lindung sungguh-sungguh,
Hati-hati simpan suka aku,
Sebab suka boleh jadi benci,
Suka boleh tukar jadi dendam.

Aku selalu doa,
Kalau suka ini sia-sia,
Minta dibuang jauh suka itu,
Tapi kalau kau jodoh aku,
Aku ini tulang rusuk kau,
Suka aku pada kau,
Serta suka kau pada aku,
Minta terus kekal.

주의: Kalau awak suka happy lah saya. Kalau tak suka tak apa. Orang lain ada. Hmm yang baca tu, mungkinkah suka itu untuk kamu? Muehehehe
.

Cakap

Assalamualaikum.

Kau cakap aku dengar,
Aku tak kesah bila kau ulang benda yang sama,
Aku tak kesah bila kau cakap benda yang point less,
Aku tak kesah bila kau just cerita tentang kau.
Aku tak kesah,
Aku tetap dengar,
Aku tetap tadah telinga aku untuk kau.

Tapi bila giliran aku nak cakap kau mesti dengar juga.
Kau kena dengar macam mana aku dengar kau cakap.
Tu namanya adab.
Sebab tu Allah bagi dua telinga satu mulut.

주의:  Penat 

Infinite Last Romeo Giveaway by Fiqa Nsz

Infinite Last Romeo Giveaway by Fiqa Nsz
KLIK BANNER untuk menyertai giveaway ini!

Special Thanks to:
Para sponsor giveaway ini iaitu Mr. Cupid, Anis Nadzirah, NARA Kpop Online Shop, Karimah Zulkafali, Aliatul Aiman dan Keyranazleen. Giveaway ini dianjurkan oleh Fiqa Nsz

Jangan lepaskan peluang untuk merebut hadiah menarik yang ditawarkan!
Top Refferal bakal membawa pulang hadiah album Infinite Last Romeo [official original album],
Cabutan bertuah pula mencari seramai 16 pemenang untuk merebut hadiah seperti MP3 shuffle, Infinite Replica Jersey, Infinite special limited edition badges, Infinite badge, Notebook, Infinite Key Holder dan topup!

Giveaway ini berlansung selama sebulan iaitu dari 15 May sehingga 15 Jun 2014.
Jom sertai sekarang sebelum terlambat!

My type

Assalamualaikum!

Tehee 2 post dalam 1 malam, sebab aku rajin dan sebab aku bosan dan aku lapar. Okay sementara ada kerajinan dan idea pun ada nih baik type lelaju pastu gi dapur makan!

You know girls setiap hari jumpa bualnya pasal lelaki crush tu ini handsome comel , syok sendiri bagai..Aku pun join sekali ahha join bab dengar jelah nak story kat orang tak de sapa nak dengar sebab crush aku memanjang si dua ekor kembar tak de apa menariknya. So yeah aku just dengar izzati pot pet pot pet pasal si izumi lah hana izurul (semua nama samaran hasil dari brainstorming aku) like seriously minah ni bertambah bertukar crush tapi setia dekat crush dia. Okay fahamkan betul-betul ayat aku. Kalau Syafiqa Justin bieber... Justin bieber... Justin bieber.. dan yang terbaru Kris galaxy dia tuh dah tetiba belieber sesat suka member Exo eh BEKAS member T_T Sm jahat!

Dan diorang pun bercerita pasal "Kau suka lelaki macam mana" so masing-masing lah jawab gentle, bulu mata lentik, tinggi semua keluar. Untuk aku......... aku suka lelaki yang tettereteteeeeet  sebelum itu bersedia lah wahai jejaka - jejaka melaya Tuan puteri huda nak buat pengumuman nih kekkeke so my type of guy is

1. Sepet

  • Sepet in term mata tak besar 
macam minhyuk. Mata dia jadi sepet sebab senyum
  • Thats why lah kut aku suka usha usha retis korea kekkee mata sepet


2. Mempunyai senyuman yang manis


  • Manis dalam definisi aku :
smile that make my heart melt like an ice cream gituuh


3. Inspiring

  • Good personality, educated, mysterious ke whateva yang beri aku inspirasi

Seeeee, minhyuk je sebab minhyuk comel gilooooooosss okay pengaruh The heirs + Heartstring minyuk apak ah tak boleh comel lagi ke! Senyuman dia lagilah nampak ikhlas tulus dari lubuk hati dia yang paling dalam gitu. So yeah 3 jer aku tak demand sangat ah kekkee. Tapi semua tu buat penyedap mata je kan, kalau dah jodoh dengan orang yang tak reti senyum macam mana kahwin je lah kan. Okay ni dah kenapa memalam gatai pikir kahwin bagai hahhaha


주의:  Crush aku yang kembar dua ekor tu mata sepet, sekali senyum perghhhhhh

Last Romeo

Assalamualikum !

My precious Sungyeol getting moreeee handsome and sungjong look so namja. Say hi to myungsoo the cow xp

Dear Inspirit our oppas dah comeback!!! Omg macam biasa Infinite memang daebak! Always come up with a good song. Dan untuk comeback yang last romeo ni aku memang excited gila like spazzing non-stop kat twitter, vote diorang, tengok MV berpuluh-puluh kali, streaming Live stage... okay semua Inspirit buat macam tu but this is my very first time download their full album. OMG sorry Infinite I just can't afford your album T_T

Untuk comeback diorang yang sebelum ni aku just oh tengok MV, spazzing gitu-gitu jer ahaks sorry.. So yeah aku dah berazam nak jadi Inspirit terbaik! Infinite saranghaja! Pasal Mv last Romeo ada satu scene yang woohyun nak capai tangan perempuan tu ahak glemer scene tu yerlah nampak sangat kepandaian director yehh. Tapikan ramai yang critic pasal sound Mv tak berapa jelas tapi pada aku clear jer =_=

Dan ni...

Live performance diorang it just PERFECT. First time aku tengok aku tak boleh stop menjerit tahu tak like seriously dengan background yang cantik gila, outfit diorang, 99% synchronized dance, SUNGYEOL got more lines ahak! It just awesome! 


Infinite had won 3 trophy in this comeback #LastRomeo3rdWin Inspirit lets vote harder and make our boys proud ! Chukae Infinite :D saranghaja

주의: Dear Sungyeol I'm your Last Juliet. 

Random

Assalamualaikum

Busy? sepatutnya lah tapi manusia bernama huda ni orang lain semua sibuk study siang malam, dia sorang je yang merungut tak cukup tidur itu ini, padahal bukannya study pun just buat homeworks jer. Ahakss. Homework banyak sangat, bila kalanya nak ulangkaji bab form 1 form 2?? Plus geografi dengan Kh tetiba ada exam PT3. KEMAHIRAN HIDUP weh, aku bukan main lagi nak berjimba-jimba KH takda exam bertulis just pbs jer tetiba cikgu umum ada exam. Soalan subjektif semua form 1-3. Duhhhhh mimpi buruk weh nak hafal alatan tangan, paip, mesin jahit kejadah semua tuh. Manusia bernama Huda memang susah nak ingat benda yang dia tak suka. Tapi aku still kena study... exam weh.. memang future aku tak depends dengan result exam aku, but still if I get worst result macam mana nak amik sains tulen kan. Yet I don't know what i want to be in future. Psychologist seems interesting...

Mama tadi tanya siapa idola aku, takde, aku takde idola. Aku tak jumpa lagi seseorang yang dah berjaya jadi macam apa yang aku nak. Orang yang cool dalam definisi aku sendiri. Yang bila aku jumpa dia aku macam 'wow' gitu dan terus nak jadi macam dia. Aku tak jumpa lagi Idol aku.Hmm aku banyak terinspirasi dari penulis-penulis yang aku baca buku diorang contoh Hlovate, but she's too mystery to be my idol, I don't know her/him but her/him masterpieces is cool tho. My friends didn't like hlovate's story but somehow I LOVE IT.

Dan statements, " Nak berjaya mesti kena ada idola ..." Didn't suits me. Manusia bernama huda ni, cuma buat benda yang dia nak buat je. So takde guna ada idola sebab aku takkan contohi dia right. And I do something in my own way. Aku ada cara aku sendiri, dan aku rasa teruk bila aku ikut-ikut orang.  Aku buat kalau aku suka, kalau aku nak. Dan statements, " Kpopers idol is their oppa" is wrong. Aku tak pernah jadikan kpop idol sebagai idola aku. Hell no. Diorang tu cuma sumber keseronokkan aku, aku taknak jadi macam diorang.

Okay habis merapu. Nak tidur  nanti nak kena bangun nak siapkan maths.. 50 questions more to be done.......

주의: Pernah tak rasa malas, kau tak penat just malas nak buat semua benda, dan kau hanya terbaring tanpa berbuat apa-apa *me 5 minute akan datang

Should I?

Assalamualaikum....

Happy holiday everyone !! But sadly... not so holiday for me apabila cikgu hem dengan gembiranya atur jadual kelas tambahan untuk student form 3 dan form 5. Ada exam besar tahun ni kan, apa namanya tu, PP? Whatever, PBS kan tengah "hanging" tergantung-gantung di awangan gitu, sekali KPM kata PBS batal ganti PMR semula amik kau....  Hopefully KPM buatlah keputusan yang terbaik untuk kebaikan  pelajar dan cikgu yang mengajar.

Tapi aku sebagai student yang nak jawab exam ni, srsly tak macam pelajar yang ada exam besar. Tidur tidur tidur. Yes I have love-hate relationship dengan tidur. Aku happy bila tidur, tapi aku benci tidur bila aku terlebih tidur dan bila aku terbangun dari tidur jam dah pukul 5.30 pagi. Baju tak iron, buku belum jadual, HOMEWORK BELUM SIAP. Omaigaaad, dengan kepala pening-pening lalat sebab terlebih tidur, leher sakit sebab salah bantal. WORSE DAY EVER

I'm just tireeeeed.... Balik sekolah pukul 6.30, dengan kawadnya semua. I'm so done with my life. But, I srsly need to change. Aku nak berjaya, aku banyak impian, aku nak family aku bangga. So lets be more focus now. Hmmm, focus and serious to face the life !!

And i think...  i need have to start study and do my revision...  I mean study gila-gila double triple revision and more focus kat class....... macam zaman-zaman UPSR tu, makan bawa buku, tidur bawa buku. Hahaha... cerita nak gempak.

Online activities pun nak kena stop for a while laaah...  To much distraction time nak buat homework. So yeah... Should I stop the online activities. Twitter? Facebook? And change my username to "hiatus"? Maybe will do after I think its pros and cons. Should I say goodbye to my fangirl-life? ... I will miss my Infinite boy update, miss their comeback... Sobbs... Should I say good bye to my-daily-variety-show-I-must-watch? We got married, Running man and THIS IS INFINITE pun belum habis tengok arghhhhh ! A BIG DECISION to think y'all...

And... Lets say hi to dear exam :'(

주의: Huda is stress and unhappy .. 

Dua Tahun

Dulu,
Dua tahun yang dulu,
Kau tegur aku,
Aku layan kau,
Dan tiba-tiba kau menghilang, menyepi.

Senyap.
Pernah juga, terfikir nak block,
Tapi dalam masa dua tahun tu,
Aku lupa,
Aku lupa, kewujudan kau.

Tiba-tiba,
Aku tengah stalk,
Jasmine thompson masa tu,
Kau IM aku,
Aku baca message kau,
Speechless.

Bayangkan,
Dua tahun,
Baru kau message aku,
Dua tahun...

주의: Almost lover

INTJ Note

My friend have took the test ! So the results :

Izzati : ESFP    Aisyah : ISFP
Syafiqa : ENTP    Alees : INTP

See...  bertukar huruf  E dengan I jer.... aku sorang INTJ . Like I care duh. I'm so happy they took the test, even berulang kali aku paksa-manja diorang dan perlu memahamkan dan menerangkan segalanya. Dan Miss Syafiqa, buat scene drama lah pulak. Boleh dia, jawab dengan jawapan yang sebaliknya. =_= dan terpaksa, took the test twice. First test, she got ISFJ a.k.a (dalam hati ada taman). 
So ni aku buat summary sikit.

Izzati as ( ESFP )
  • Love to talk, talk, talk and talk. Talkative
  • Interested in people
  • Love people, and everybody loves an ESFP
  • Love excitement, telling stories and having fun
  • Like to be in the middle of the action
  • Very sensitive
  • Suka berparty 24 jam. :p
Syafiqa as ( ENTP )
  • Enjoy playing devil's advocate (advocate - menyokong / membela)
  • May start projects and never finish them because they are so focused on the big picture rather than the present needs. 
  • No apologies
  • Get bored quickly
  • Have little patience
  • Insensitive, adaptable, not easily offended (offended - tersinggung), messy, carefree, fearless, careless
Alees as ( INTP )
  • Quiet, reserved and thoughtful
  • Good at thinking "outside of the box"
  • Will often correct others 
  • Easy-going and amenable (amenable - setuju ) to almost anything until their principles are violated (violated - dilanggar), about which they may become outspoken and inflexible.
  • INTPs can also become impatient with those who are slow to understand or embrace their ideas, preferring that others learn as quickly and independently as they do
  • Comfortable with others being dependent on them
  • Often struggle when it comes to directly expressing their judgments. 
Aisyah as ( ISFP )
  •  Often confused
  •  Extremely perceptive and aware of others. 
  •  Hold back their ideas and opinions except from those who they are closest to
  •  May be easily distracted
  •  Have a good eye for picking up details 
  •  Have problems with self-confidence
  •  Very tolerant
Aku buat research sikit, untuk lebih faham personaliti kawan - kawan aku.  Omo !! I'm such a good friend :3
Nak selit sikit pasal aku punya personaliti bolehkan ^^

Huda as ( INTJ ) 
  • Know what they know, and they know what they don't know.
  • What INTJs "do" tends to be what they "know"
  • Dislikes confusion, disorganization and inefficiency
  • When INTJs develop an interest in something, they strive (strive - berusaha ) to become as knowledgeable and skilled as they can in that area.
  • Have little patience and less understanding of such things as small talk
  • Hate compliment 
  • Insensitive


INTJ, INTP, ENTP, ESFP, ISFP bila berkawan baik jadi lah macam kita orang. PERFECT


주의: Kita berbeza untuk saling melengkapi. Kisses and hugs. Anneong !

Fixed star - INFINITE

The lyrics is just beautiful :')

There must be some things I can’t ever do
like forgetting you
I gave you too much of my heart, so much that
it’s almost pathetic
If I could turn back time
I would do anything
Why didn’t I think of something like this sooner (why not)
These are all useless regrets
because everything is over now

Can I ever forget you
Can I get through this alone
Am I strong enough to endure this
and not put my fallen tears to waste
Can I try to smile
It will take as long as the time that’s already passed
but I

Why didn’t you erase every trace of you
So that it would be like nothing ever happened
I’m breathing, but I feel like I’m slowly dying (I think I am)
These are all useless regrets
because everything is over now

Can I ever forget you
Can I get through this alone
Am I strong enough to endure this
and not put my fallen tears to waste
Can I try to smile
It will take as long as the time that’s already passed

The memories are still piercing through me
with sympathetic eyes
My body is still thrashing in agony
Maybe I can’t do it
I can’t let you go

I wonder if your mind is the same as mine
I wonder if you’re hurting alone
I must still be worrying about you
I wonder if I’ve been erased from your mind
Erased forever
Should I just go and be erased forever?
Honestly, I think that’s what I’m afraid of more than saying goodbye



주의: Lagu ni dah lama, but who care right, I love it :D

INTJ Note


Ignored

You ignore me. Such a good friend huh? Don't call yourself my best friend lah....... I don't know what your problem is and you just stop talking to me and leave me with your new 'best friend'. It sucks. Go on. Best friend will NEVER do that.



주의: I let you go.

INTJ Note

Assalamualaikum..

I have take the test and I'm INTJ. You know what, aku memang dah lama minat benda-benda psikologi ni. So memang dah banyak test yang aku buat untuk mengenal pasti persenoliti aku. Akhirnya, aku jumpa test yang logic, tepat dan I like it ! Thank you 16 personalities (press the link to take the test. 60 questions k. So release your mind first)

Aku buat sikit research lah.. well banyak sebenarnya... aku memang dah tertarik dengan benda ni. Dan typical INTJ, kalau dah tertarik dengan sesuatu, mood 'hyperactive learning' automatically on. Hah habis, semua video di youtube aku tengok, semua website aku baca, semua gamba kat google image aku tenung. Lepas baca INTJ description tu kan.. aku rasa macam.. 'wah ni memang aku ! I'm not alone. INTJ lets hug !' not sound like INTJ right :p

INTJ weaker characteristic, memang betul-betul buat aku terharu...

  • May be unaware (and sometimes uncaring) of how they come across to others
  • May quickly dismiss input from others without really considering it
  • May apply their judgment more often towards others, rather than towards themselves
  • With their ability to see an issue from many sides, they may always find others at fault for problems in their own lives
  • May look at external ideas and people with the primary purpose of finding fault
  • May take pride in their ability to be critical and find fault in people and things
  • May have unrealistic and/or unreasonable expectations of others
  • May be intolerant of weaknesses in others
  • May believe that they're always right
  • May be cuttingly derisive and sarcastic towards others
  • May have an intense and quick temper
  • May hold grudges, and have difficulty forgiving people
  • May be wishy-washy and unsure how to act in situations that require
  • May have difficulty communicating their thoughts and feelings to others
  • May see so many tangents everywhere that they can't stay focused on the bottom line or the big picture
Because... semua yang kat atas tuuuuuuuuh... Sadly.. its true =)
So.. disebabkan excitement overload mama dengan nabila aku paksa diorang buat test tuh. So the result :

Nabila : ENFJ *so true :)*
Mama : INFP *double so truee :o*


Tapi sedihlaaah.. my friend sorang jer yang try test tuh. Itu pun description personality dia  kata tak tepat.. I guess dia tak faham sangat soalan kut. Actually aku dah share link dekat group... tapi tak di "awak ie" kata orang jawa. So IDGAF.

주의: Copy Paste. Read full :  INTJ Personal Growth

Super Special Giveaway By Alya Yaya


Klik banner untuk join

TOP REFERRAL DAPAT PILIH 10 HADIAH !
SEMUA PESERTA DAPAT HADIAH !

Antara hadiah yang ada : [ Kesemua hadiah berjumlah 112 dan akan bertambah]

Wang pos RM50, RM30 x2, Fishtail dress, Polka dot peplum, Topi style Siti Nurhaliza, Dress, Couple Pillow, SNSD & Infinite T-shirt, Magic Cream, Shawl, Tudung, Keychain, Seluar Paloza dan banyak lagi !

Link share fanpage : Boleh rujuk SINI untuk tahu cara dapatkan link
Link review Jelitawani's : [ Buat entry lain kat blog ]
Nama penuh kat WhoHAA! :
Senaraikan 10 hadiah yang diingini : [ Tak boleh pilih Cathy Doll Compact Powder + Cathy Doll Petit Tint Orangi Orange , Poster Kpop , tudung jari hantu ,SNSD & Infinte T-shirt

I Want :

  • 15. Tudung [ 1 pemenang ]
  • 19. Magic Cream  [ 1 pemenang ]
  • 20. Boya Mask  [ 1 pemenang ]
  • 25. Korean Style Bag [ 1 pemenang ] 
  • 34. B2ST Official A4 Size File  [ 1 pemenang ]
  • 35. EXO Endorse Natural Republic Official Goods Standee  [ 1 pemenang ] sorang jer  π_π
  • 51. Casing phone  [ 1 pemenang ]
  • 54. Earphone  [ 1 pemenang ]            
  • 62. Special design T-shirt dewasa anysize [ 5 pemenang ] 
  • 63. Novel I Love You, Stupid + My Precious Iris [ 1 pemenang ] 



주의: First time join giveaway. Wish me luck. Exo standee uolls !! Bayangkan exo standee tu aku letak sebelah katil muahahhaa bahagia hidup. Much love anneong ♥♥♥

Me as INSPIRIT

Assalamualaikum.

Annyeonghaseyo ! Inspirit imnida. Yeah aku memang Inspirit a loyal one In sya Allah. Bagi sesiapa yang tak tahu Inspirit tu menatang ape meh sini aku citer. Inspirit tuh adalah fandom untuk kpop group INFINITE. Tak payaah nak huruf besar sangat lah kan . Ahaks aku memang excited kalau bercerita tentang Infinite nih. Okay kiranya Inspirit tu INFINITEstan lah bahasa senangnya ialah sebuah group yang menyokong, meminati, menyukai, mencintai, melindungi, menghormati, menyayangi Infinite. Faham?

Infinite seven members. Sungyeol !!

Saja bagi gambar besar. Ahaks! Aku minat Infinite sejak darjah 6 dan sekarang aku form 2. Berapa tahun dah tuh? kira sendiri ye. Kawan aku si Aisyah dengan Filzah yang suruh aku dengar lagu Be Mine. Di sebabkan dulu aku cuma tengok Kdrama jer (mama ajar) dan group kpop yang aku tahu cuma Super Junior dan Wonder girl so memang terang tang tanglah aku bukan kpopers kan. So aku macam malas nak dengar lagu tu. "apa barang kpop" ceritanyalah.. sampai satu hari tu tergerak hati nak try dengar memang best wa cakap lu. Lepas tu lagu Paradise pulak keluar pun best jugak. Aku jadi addicted

Fakta tentang diri aku ialah bila first time dengar lagu dan aku cakap best maksudnya lagu tu memang best. Kalau aku dengar tiga kali tapi still tak best maksudnya lagu tu memang hampeh. (selalunya lagu-lagu hampeh aku dengar sekali jer)

Aku agak sedihlah dengan some group yang baru debut. Honest talk kebanyakkan lagu diorang hampeh. Yet diorang still ada fan yang cakap lagu diorang best but for me kosong weh aku dengar macam takde soul jer. maybe taste aku berbeza kut. So sambung pasal Infinite. Lepas dengar lagu paradise aku tengok diorang punya variety show ; You're My Oppa, Sesame Player, Ranking King dan lain-lain. Dari situ aku kenal Infinite and I'm fall in love with Sungyeol. Aku adalah Yeollipop a.k.a Sungyeolstan.


Credit to owner

Infinite diorang beza dengan group lain. Variety show diorang nampak sangat true dan tak fake plus tak control imej Idol diorang sangat. Personality dan character diorang yang sumpah lawak gila - Sunggyu leader yang comel selalu kena buli dekat Weekly idol. Woohyun dengan gediknya yang tak sudah - sudah. Dongwoo yang innocent sekali gelak korang pun terikut-ikut sekali. Sungyeol perangai dia yang macam budak - budak sekali dia senyum I'm melt. Sung Jong yang cantik dan lemah lembut maknae yang kena buli dengan leader "SMILE". Hoya si dancing machine, talented, member paling cool. L ramai peminat disebabkan kekacakkannya itu tapi kalau L bertukar jadi myungso memang berbeza gila perangai.

Infinite dari company kecil iaitu Woolim dan kebanyakkan group adalah dari 3 company besar and popular duit pun banyak. So memang susah untuk Infinite. Diorang kena usaha berkali ganda daripada group lain untuk naik. Sampai CEO woolim jual rumah untuk Infinite. Korang boleh bayangkan kesusahan diorang sebelum debut kan. So bila Exostan mempersoalkan kemenangan Infinite sebagai Best Male award dan Best World Wide performer dekat MAMA 2013 hari tu memanglah Inspirt marah. Infinite deserve the awards! Diorang dah bersusah payah 3 tahun tak campur sebelum debut lagi. Aku bukan benci Exostan tapi bila sebilangan mereka cakap yang Exo tu paling bagus, terbaik daripada semua group kpop this is shit man. Exo baru berapa tahun sayang. Newbie tau! Respect the other. 

Semua lagu Infinite memang masuk dalam jiwa aku. Dari lagu slow macam Missing you, With, Can u smile sampailah lagu rancak  Be Mine, Paradise, Destiny,Wings, The chaser. Dan kebanyakkannya aku dengar sekali jer terus " Best siaa" "Awesome bapak!" "Mantap gilerrr". That's why I love Infinite :D

Sepanjang aku meminati Infinite ni bukannya aku tak suka group lain suka jugak. Tapi still Infinite bertapak dalam jiwa tak goyang. Aku minat juga group lain macam Exo, Teentop, CN Blue (minhyuk !!), Shinee, BTOB. Lagu diorang pun mantap juga. Dan sebagai fan girls ofcourse aku ada ramai bias kan. Rasanya tak perlulah aku listkan, menangis korang nanti kalau bias korang masuk dalam list aku. Ahaks. Cukuplah sekadar korang tahu yang LEE SUNGYEOL is my ultimate bias jangan sentuh, puji, kutuk, mengaku dia suami kau depan aku. Memang aku flip semua benda. Tulah alasan aku tak kenalkan Infinite dekat kawan aku yang lain sebab aku tak nak diorang ambil bias aku! Sakit hati weh. Izzati yang aku baru tunjuk gamba Infinite je pun dah memuji-muji sungyeol aku. Manalah aku tak hot.

Parents aku sebenarnya tidak menggalakkan sangat aku dengan menatang Kpop ni. But still diorang respect minat aku. Mama kata jangan taksub sangat dengan perkara-perkara yang melalaikan. Yes I know. Tapi mama kalau dah marah mesti ugut nak buang Majalah Epop kesayangan ku. So aku memang tiada sumber kewanganlah untuk membeli kpop merchandise. Kena kumpul duit weh.




주의: Aku adalah unlucky Inspirit T.T Once being Inspirit forever  will be Inspirit.

Food

Assalamualaikum .

Yuhuu !! I'm back. Holiday uolls! So masing-masing mesti dah ada plan nak bonding time dengan keluarga korangkan. Yeah don't tell me nanti aku jealous dengar plan korang yang vavoom tu. Better aku ceritakan  plan cuti sekolah aku kan. Aku rasa cuti tahun makan aktiviti aku  tidur - makan - online + makan = GEMUK. *sadlife*

Nafsu makan aku sekarang tengah membuak - buak. Arghh! Orang kata kalau kita asyik nak  makan je maybe kita stress. Tapi tak mungkinlah aku nak stres dikala waktu cuti ni yer tak. Haruslah aku berbahagia diwaktu ini. Nak kata tak da masalah ada, sakit otak juga kalau fikir benda tu tapi tak de lah sampai stress ke depression. Nak kata hormon ... entahlah nantilah aku google ' hormon makan'. Kut - kut hormon tak stabil ke kan. Dah macam orang mengandung pulak . Hesy! merepek.

Aku makan bukannya sebab aku lapar tapi sebab mulut aku ni nak mengunyah. Tengok tv nak makan online lagilah. Sekarang ni pun sebungkus kerepek ubi pedas dalam proses untuk dihabiskan. Yerlah sambil menaip kita mengunyah yedak? Padahal tadi habis semangkuk jambu batu aku kerjakan. Haruslah perut aku kenyang tapi yang sedihnya aku dah order dengan mama sebiji burger. See? pelahap kan. Perangai aku dah macam Min hyuk dalam citer Heartstrings. Yang bahagia bila orang belanja dia makan dan 24/7 lapar.  Siapa yang tengok drama tu haruslah tergoda dengan kecomelan Min hyuk kan, aku lupalah nama watak dia. Aigoo..

Kenapa comel sangat ni -_-
Disebabkan aku ada 4 drama korea untuk dimarathonkan cuti sekolah ini haruslah saiz badan ku makin mengembang kerana asal tengok drama jer makanan haruslah ada dihadapan meja. So alternatifnya ialah exercise right ! You know how much I hate it ?? Benci gila. Aku memang tak pernah suka berlari. So yeah semangat apa entah yang merasuk dalam badan aku sehinggakan pagi tadi lepas sarapan terus siap - siap gi jogging. *Eeee.. jogging ke?? bukan berjalan aje ker.. -_- * shuvit ! Haruslah aku bersarapan dulukan kang aku pengsan kat taman sapa nak angkat.

Mama kata ramai orang jogging tapibila aku sampai taman je aku tengok hanya ada aku dengan apek mana entah yang ada. Tu jer.  Actually aku segan sebenarnya orang yang lalu lalang dekat jalan tu mesti tengok aku. Bukan nak kata aku hot ke hapa tapi.. "Boleh tak jangan pandang aku. Tak pernah nampak orang jogging ke. Bukannya kau tengah buat scorpion dance sampai korang nak tertoleh - toleh " Ujarku didalam hati. Gitulah citernya.

Aku pernah terbaca dekat... okay tak ingat kat mana aku jumpa petikan tu. Lebih kurang macam ni lah bunyinya
"Sarapan makan macam ratu,
Tengahari makan macam orang biasa,
 Petang makan macam orang miskin,
Malam makan macam pengemis"

Masalahnya disini petang siang malam ke aku makan macam orang yang tak pernah jumpa makanan. So aku dah buat plan aku sendiri. Iaitu puasa dengan ini tidak boleh tidak semua makanan akan aku jauhi! Yeah. But ofcoz niat nak puasa tu kena betul yer tak. Conclusionnya, puasa dan exercise akan membantu masalah saiz badan ku.. Hehehe.. In Sya Allah. Food saranghae 


주의: Harap sangat segala yang dirancang berjalan dengan jayanya ! Huda Fighting !!

Ada Caranya

Assalamualaikum.

Fuhh! Tiup sikit habuk dekat blog aku nih.. Sebulan tak sekali aku mengupdate blog aku nih. Apa boleh buat cerita ada jer yang nak dikongsi tapi jari-jemari tidak memberi kerjasama. Lagipun sibuk dengan exam akhir tahun dengan nak menyiapkan segala eviden PBS yang beratus - ratus tuh. Sibuk tau! Perdana Menteri pun kalah katakau! *cerita nak gempak*

Okay cukup pendahuluan. I know my blog ni bukan ada pembaca tegar entah-entah memang takda yang baca langsung kan. But still aku nak share something. Benda ni just pendapat aku. Pendapat aku terhadap cara kita nak menegur orang. Sebelum aku meneruskan penaipan aku mention awal - awal post ini TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG MATI dan bukan nak menunding jari benda ni salah siapa atau siapa betul. Err kenapa aku rasa macam post ini berkait dengan somebody? No lah aku just nak mengingatkan antara kita yang walaupun pada kita apa yang kita buat tu betul tapi kalau tak kena caranya benda tu boleh jadi silap.

Contoh apa yang kita buat memang betul. Nak tegur kawan supaya dia ubah perlakuan tak baik dia. Benda tu bagus. Tapi yang tak bagusnya kita tegur dia depan kawan - kawan yang lain. Niat memang baik tapi caranya yang salah walaupun pada kita kawan - kawan yang lain tu ialah kawan baik kita yang memang dah rapat antara satu sama lain tapi setiap orang ada perasaan malu. Siapa yang suka kalau kena marah dengan mak depan saudara-mara? Tak adakan. So konsep dia sama. kita tak patut jatuhkan aib orang dan hukumnya berdosa kalau kita jatuhkan aib orang. Dah elok - elok niat kita nak tegur kawan tapi yang dapat dosa sebab kita dah malukan kawan kita tuh. So point dia kat sini nak menegur ada caranya dan yang paling penting tujuan kita nak ubah kawan tadi tu jadi yang lebih baik. Bukan menyebabkan dia rasa down sebab kita dah malukan dia.

Pada aku cara yang terbaik nak nasihat atau tegur kawan adalah secara solo. *Solo~~ :3 maksudnya kau jumpa dia secara berseorangan cakap elok - elok bukan mengutuk dan please jangan merendahkan maruah dia, memalukan dia atau menjatuhkan aib dia. Allah tutup aib kita kenapa kita pulak nak buka aib orang kan? But still, orang yang salah tetap salah. Takkan nak tunggu Allah buka aib kita kat semua orang baru nak menyesal.

Pesan orang bijaksana : 
"Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi
maka dia menasihati mu dengan ikhlas kerana Allah SWT
Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai
dia sebenarnya sedang menghinamu atau 
menyatakan yang dia pandai dan kamu jahil"


주의: Berhati - hati dalam melakukan kebaikan. Semoga kita mudah menerima nasihat dan nasihat kita diterima. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. :')

Kawankan ?

Assalamualaikum.

Aku tak minta lebih, cukup sekadar kau anggap aku kawan. Kawan? memang selama ni kita kawan,  Tapi boleh tak kau anggap aku kawan yang ada perasaan weh. Bukan kawan yang senang - senang kau nak unfriend lepas tu add friend balik  macam kat facebook tuh.  Boleh tak kau jaga hati aku sikit. Aku tak tahu salah aku tetiba kau tak tegur aku, tak layan aku sampai buat aku rasa bersalah gila. Rasa macam tak guna. Then bila time kau okay aku tanya kau apasal kau tak layan aku. Kau boleh cakap kau takde mood nak layan sesiapa. Tapi kenapa aku rasa sesiapa kau tu hanya untuk aku sorang? Kau tak jawab bila aku tegur kau, tapi dengan orang lain siap tergelak sana sini. Siapa tak sedih weh. Aku tak pernah layan kau macam tuh ! Aku ni kawan kau bukan pengemis nak kan perhatian kau.

Kadang - kadang kau terlampau prihatin sampai benda kecil jadi besar. Semua yang aku buat kau nak tegur but then bila aku tegur cara kau, kau tak ambik kisah weh.Cara aku tabiat aku semua kau nak judge, sampai aku rasa rendah diri,  boleh tak kau biarkan aku jadi diri sendiri. Kau dengan cara kau aku dengan cara aku. Aku tak kesah kalau kau nak betulkan benda yang salah tapi pada aku benda-benda yang kau cakap tu semua useless! Please stop acting like you're the perfect girl on earth !

 Aku tak cakap yang kau ni teruk tapi boleh tak kau stop buat aku rasa diri aku teruk. Teruk sebagai kawan kau. Kau baik, maksud aku kawan yang baik. Bertuah aku kawan dengan kau  but sometimes tu, bila 'perangai ' kau datang dan hati aku sakit, aku  takut semua kebaikan kau, sayang aku kat kau, hilang. Tu yang aku takut. Aku tak nak disebabkan aku makan hati dengan sikap kau persahabatan kita rosak.

Aku tak harap kau baca post ni. Kalau kau baca pun anggap ni bukan kau dan tak payah tanya aku siapa yang aku maksudkan. Kalau kau rasa tu dirikau, ubah lah sikit sikap kau supaya aku tak terus menerus sakit hati. Tapi kalau kau rasa perkara yang kau buat tu tak salah, it's okey. Maybe itulah ketidak sempurnaan kau yang aku kena terima sebagai kawan kau kan. Manusia mana ada yang perfect kan.Tapi aku rasa kau memang takkan baca. Kau mana pernah kesah pasal akukan.  Ini sekadar luahan hati aku. Aku tahu aku bukannya kawan yang terbaik, kawan yang baik pun tak layak. Sebab tu aku tak pernah luahkan benda ni semua dekat kau. Aku sedar siapa aku.

You
make me laugh
chilling me
believe in me
trust me
comfort me
stick up with me
help me
play with me
understand me
but can you just throw away that 'shit ' ?
surely you will be the best friend ever of mine. Can you? :')




주의: Hari ni you're too much weh. Tu yang sampai terpost menatang nih. :')

Kesilapanku

 Assalamualaikum .
  Aku tahu 
Aku bukan hamba yang taat 
Selalu lalai itu adalah kebiasaan
Berat bahu kiriku

Aku tahu
Aku bukan anak yang baik
Mama dan baba selalu kecewa dengan aku
Panggilan mama selalu tidak ku sahut
Arahan baba selalu aku ingkari
Walaupun aku diam tetapi hakikatnya hati aku sangat keras
Seperti batuan ais di antartika

Aku tahu
Aku bukan kakak yang bertanggungjawab
Aku biarkan adik aku menangis
Aku sukar untuk mengalah
Aku pentingkan diri sendiri
Pentingkan perasaanku

Aku tahu
Aku bukan cucu yang patut dibangga
Hanya duduk melihat televisyen 
Hendak tolong memasak jauh sekali
Lagikan pula memegang penyapu

Aku tahu
 Aku bukan saudara yang disayangi
Dan aku tidak pernah harap aku disayangi
Mulut ku berat 
Sedangkan hanya mahu bertanya khabar
Susahnya seperti mengangkat  batu - batuan

Aku tahu
Aku bukan rakan yang dikasihi
Mulutku lepas berbicara
Tanpa rasa bersalah hati kawan ku aku sakiti
Gurauan ku kadang kala tidak kena tempatnya
Sehingga terguris hati mereka
Menitis air mata mereka

Aku tahu
Aku bukan pelajar yang disayangi
Aku tidak pandai
Aku malas 

Aku tahu ku bersalah dengan diriku sendiri kerana membiarkan diriku diulit dosa  , sikap  dan perasaan malas yang sentiasa aku agung - agung kan . Dan bersempana hari lahir ku ini , besar harapan ku agar aku dapat mengubah diriku ini agar menjadi yang lebih baik . Agar bisa disayangi . dikasihi dan dibangga oleh kamu semua .

ya Allah forgive my sins and guide me on the right path .

주의: Happy 14th Birthday to me . I`m sorry I wasn`t everything you wanted . I`m not good enough .




westlife

assalamualaikum .
sekarang ni aku memang tengah demam dengan westlife . since aku tertengok konsert diorang dekat tv . and diorang memang awesome giler . actually aku tak dapat bezakan lagi muka diorang sebab lebih kurang jer . kecuali yang tinggi tu beza sikit muka dia .
 lagu diorang pun best2 especially  swear it again . dalam lagu tu kan part paling best yang ni

I'm never gonna say goodbye
'cause I never want to see you cry
I swore to you my love would remain
And I swear it all over again and I

I'm never gonna treat you bad
'Cause I never want to see you sad
I swore to share your joy and your pain
And I swear it all over again
All over again
memang sweet sangat !!

주의: aku tahu band ni dah lama dan aku baru aje minat sekarang . tapi tak kesah lah . siapa kesahkan .

Suami Aku Ustaz (novel)

Assalamualaikum...

    Baru - baru ni aku pergi kedai buku somewhere dekat giant muar. Motip pergi sebab adik aku nak beli buku.. Mak aku pun ikut kan jer.. yerlhah budak asrama.. Dan Pak teh pun ikut sekali. Dan dia dengan pemurahnye nak jadi tukang bayar.


so atas tu pak teh, dia dah slim sekarang dan juga bajet k-pop style. (padahal dia lah yang selalu bahan aku, pasal bende alah  k-pop ni ). Sampai jer kedai buku  , first place ofcourse aku cari epop, dan dengan selambernye aku ambil letak dalam bakul, yer lah orang nak belanjerkan.

pastu aq pergi tempat rak novel.. wallah.. banyak giler novel hot seller!! Dalam otak aku satu jer, nak cari novel suami aku ustaz. aku pun tak tahu la kenapa aq cari novel tu sedangkan banyak lagi novel lain. maybe sebab kawan aq tu si Intan, asyik tanya aq dah beli novel suami aku ustaz ke belum. seyes dia asyik tanye je weyh. bila mase entah aq cakap aq nak beli novel tu.

tiba-tiba mama tunjuk novel Suami Aku Ustaz. Aku pun terjerit-jerit, cakap ha! novel ni lah yang  akak cari. Pateh tengok aq dah semacam jer.. Pak Teh suruh aq beli buku latihan, selamber jer aq cakap dekat dia, homework pun tak tersiap lagi nak bbuat  buku latihan memang tak bersentuh ler..


Atlast, Dapat juga beli novel baru , bertambah lah kolesi aku.. huhu.. bunyi macam sadis jer.. satu hari jer aku habis kan novel tu dan aq puas hati. Novel tu agak islamik lah juga.. dah tentu-tentu tajuk dia pun ustazkan.. dan banyak lawak humor. So memang best!

주의: I love novel !


Hate this

Assalamualaikum .

Hari ni aku story morry  siket lah yek tentang makanan yang aku tak suka. Setiap orang mesti ade kan makanan yang buat diorang annoying, so do I.


Kalau cerita bab makanan, aku paling benci sekali bawang putih ! BAWANG PUTIH!! yuks rasa dia sumpah meloyakan. Aku memang tak  dapat bayangkan bila  orang boleh makan bawang putih tu mentah - mentah pastu reaksi muka dia macam benda tuh sedap sangat. tak faham betul aku. Tapi aku boleh makan segala makanan yang dicampur dengan bawang putih, cumanya kalau dah termakan bawang putih, Ya Allah memang aku keluarkan balik lah benda tuh. :)

Then aku tak suka gila bunga kantann! Dan aku tak suka what ever makanan yang dicampur  dengan bunga kantan kecuali laksa! WAh sedapnye laksa! Korang tau tak bunga kantan tu rasa dia kuat sangat . Entahlah  tapi yang pasti tekak aku memang tak boleh terima masuk bunga kantan tuh . Dan muka aku akan jadi macam ni kalau termakan bunga kantan

Kalau sayur, aku makan semua jenis sayur kecuali tauge dan ulam. seriyesli rasa dia buat tekak aku kembang. Terutamanya tauge mentah! OMG ! Tauge tak sedap!

Actually, tu jerlah kot makanan yang aku tak boleh terima masuk dalam mulut. See! empat jer kan, bawang putih, bunga kantan , taugeh dan ulam. Tu maksudnya aku tak cerewet makan jer apa yang mak aku masak. Ala - ala anak mithali gitu . #Baldiplease!

주의 : Korang dah dengar lagu blog aku yang baru ni. Mirror by Justin timberlake? Macam bingit sangat kan? Nantilah aku tukar.