Me as INSPIRIT

Assalamualaikum.

Annyeonghaseyo ! Inspirit imnida. Yeah aku memang Inspirit a loyal one In sya Allah. Bagi sesiapa yang tak tahu Inspirit tu menatang ape meh sini aku citer. Inspirit tuh adalah fandom untuk kpop group INFINITE. Tak payaah nak huruf besar sangat lah kan . Ahaks aku memang excited kalau bercerita tentang Infinite nih. Okay kiranya Inspirit tu INFINITEstan lah bahasa senangnya ialah sebuah group yang menyokong, meminati, menyukai, mencintai, melindungi, menghormati, menyayangi Infinite. Faham?

Infinite seven members. Sungyeol !!

Saja bagi gambar besar. Ahaks! Aku minat Infinite sejak darjah 6 dan sekarang aku form 2. Berapa tahun dah tuh? kira sendiri ye. Kawan aku si Aisyah dengan Filzah yang suruh aku dengar lagu Be Mine. Di sebabkan dulu aku cuma tengok Kdrama jer (mama ajar) dan group kpop yang aku tahu cuma Super Junior dan Wonder girl so memang terang tang tanglah aku bukan kpopers kan. So aku macam malas nak dengar lagu tu. "apa barang kpop" ceritanyalah.. sampai satu hari tu tergerak hati nak try dengar memang best wa cakap lu. Lepas tu lagu Paradise pulak keluar pun best jugak. Aku jadi addicted

Fakta tentang diri aku ialah bila first time dengar lagu dan aku cakap best maksudnya lagu tu memang best. Kalau aku dengar tiga kali tapi still tak best maksudnya lagu tu memang hampeh. (selalunya lagu-lagu hampeh aku dengar sekali jer)

Aku agak sedihlah dengan some group yang baru debut. Honest talk kebanyakkan lagu diorang hampeh. Yet diorang still ada fan yang cakap lagu diorang best but for me kosong weh aku dengar macam takde soul jer. maybe taste aku berbeza kut. So sambung pasal Infinite. Lepas dengar lagu paradise aku tengok diorang punya variety show ; You're My Oppa, Sesame Player, Ranking King dan lain-lain. Dari situ aku kenal Infinite and I'm fall in love with Sungyeol. Aku adalah Yeollipop a.k.a Sungyeolstan.


Credit to owner

Infinite diorang beza dengan group lain. Variety show diorang nampak sangat true dan tak fake plus tak control imej Idol diorang sangat. Personality dan character diorang yang sumpah lawak gila - Sunggyu leader yang comel selalu kena buli dekat Weekly idol. Woohyun dengan gediknya yang tak sudah - sudah. Dongwoo yang innocent sekali gelak korang pun terikut-ikut sekali. Sungyeol perangai dia yang macam budak - budak sekali dia senyum I'm melt. Sung Jong yang cantik dan lemah lembut maknae yang kena buli dengan leader "SMILE". Hoya si dancing machine, talented, member paling cool. L ramai peminat disebabkan kekacakkannya itu tapi kalau L bertukar jadi myungso memang berbeza gila perangai.

Infinite dari company kecil iaitu Woolim dan kebanyakkan group adalah dari 3 company besar and popular duit pun banyak. So memang susah untuk Infinite. Diorang kena usaha berkali ganda daripada group lain untuk naik. Sampai CEO woolim jual rumah untuk Infinite. Korang boleh bayangkan kesusahan diorang sebelum debut kan. So bila Exostan mempersoalkan kemenangan Infinite sebagai Best Male award dan Best World Wide performer dekat MAMA 2013 hari tu memanglah Inspirt marah. Infinite deserve the awards! Diorang dah bersusah payah 3 tahun tak campur sebelum debut lagi. Aku bukan benci Exostan tapi bila sebilangan mereka cakap yang Exo tu paling bagus, terbaik daripada semua group kpop this is shit man. Exo baru berapa tahun sayang. Newbie tau! Respect the other. 

Semua lagu Infinite memang masuk dalam jiwa aku. Dari lagu slow macam Missing you, With, Can u smile sampailah lagu rancak  Be Mine, Paradise, Destiny,Wings, The chaser. Dan kebanyakkannya aku dengar sekali jer terus " Best siaa" "Awesome bapak!" "Mantap gilerrr". That's why I love Infinite :D

Sepanjang aku meminati Infinite ni bukannya aku tak suka group lain suka jugak. Tapi still Infinite bertapak dalam jiwa tak goyang. Aku minat juga group lain macam Exo, Teentop, CN Blue (minhyuk !!), Shinee, BTOB. Lagu diorang pun mantap juga. Dan sebagai fan girls ofcourse aku ada ramai bias kan. Rasanya tak perlulah aku listkan, menangis korang nanti kalau bias korang masuk dalam list aku. Ahaks. Cukuplah sekadar korang tahu yang LEE SUNGYEOL is my ultimate bias jangan sentuh, puji, kutuk, mengaku dia suami kau depan aku. Memang aku flip semua benda. Tulah alasan aku tak kenalkan Infinite dekat kawan aku yang lain sebab aku tak nak diorang ambil bias aku! Sakit hati weh. Izzati yang aku baru tunjuk gamba Infinite je pun dah memuji-muji sungyeol aku. Manalah aku tak hot.

Parents aku sebenarnya tidak menggalakkan sangat aku dengan menatang Kpop ni. But still diorang respect minat aku. Mama kata jangan taksub sangat dengan perkara-perkara yang melalaikan. Yes I know. Tapi mama kalau dah marah mesti ugut nak buang Majalah Epop kesayangan ku. So aku memang tiada sumber kewanganlah untuk membeli kpop merchandise. Kena kumpul duit weh.




주의: Aku adalah unlucky Inspirit T.T Once being Inspirit forever  will be Inspirit.

Food

Assalamualaikum .

Yuhuu !! I'm back. Holiday uolls! So masing-masing mesti dah ada plan nak bonding time dengan keluarga korangkan. Yeah don't tell me nanti aku jealous dengar plan korang yang vavoom tu. Better aku ceritakan  plan cuti sekolah aku kan. Aku rasa cuti tahun makan aktiviti aku  tidur - makan - online + makan = GEMUK. *sadlife*

Nafsu makan aku sekarang tengah membuak - buak. Arghh! Orang kata kalau kita asyik nak  makan je maybe kita stress. Tapi tak mungkinlah aku nak stres dikala waktu cuti ni yer tak. Haruslah aku berbahagia diwaktu ini. Nak kata tak da masalah ada, sakit otak juga kalau fikir benda tu tapi tak de lah sampai stress ke depression. Nak kata hormon ... entahlah nantilah aku google ' hormon makan'. Kut - kut hormon tak stabil ke kan. Dah macam orang mengandung pulak . Hesy! merepek.

Aku makan bukannya sebab aku lapar tapi sebab mulut aku ni nak mengunyah. Tengok tv nak makan online lagilah. Sekarang ni pun sebungkus kerepek ubi pedas dalam proses untuk dihabiskan. Yerlah sambil menaip kita mengunyah yedak? Padahal tadi habis semangkuk jambu batu aku kerjakan. Haruslah perut aku kenyang tapi yang sedihnya aku dah order dengan mama sebiji burger. See? pelahap kan. Perangai aku dah macam Min hyuk dalam citer Heartstrings. Yang bahagia bila orang belanja dia makan dan 24/7 lapar.  Siapa yang tengok drama tu haruslah tergoda dengan kecomelan Min hyuk kan, aku lupalah nama watak dia. Aigoo..

Kenapa comel sangat ni -_-
Disebabkan aku ada 4 drama korea untuk dimarathonkan cuti sekolah ini haruslah saiz badan ku makin mengembang kerana asal tengok drama jer makanan haruslah ada dihadapan meja. So alternatifnya ialah exercise right ! You know how much I hate it ?? Benci gila. Aku memang tak pernah suka berlari. So yeah semangat apa entah yang merasuk dalam badan aku sehinggakan pagi tadi lepas sarapan terus siap - siap gi jogging. *Eeee.. jogging ke?? bukan berjalan aje ker.. -_- * shuvit ! Haruslah aku bersarapan dulukan kang aku pengsan kat taman sapa nak angkat.

Mama kata ramai orang jogging tapibila aku sampai taman je aku tengok hanya ada aku dengan apek mana entah yang ada. Tu jer.  Actually aku segan sebenarnya orang yang lalu lalang dekat jalan tu mesti tengok aku. Bukan nak kata aku hot ke hapa tapi.. "Boleh tak jangan pandang aku. Tak pernah nampak orang jogging ke. Bukannya kau tengah buat scorpion dance sampai korang nak tertoleh - toleh " Ujarku didalam hati. Gitulah citernya.

Aku pernah terbaca dekat... okay tak ingat kat mana aku jumpa petikan tu. Lebih kurang macam ni lah bunyinya
"Sarapan makan macam ratu,
Tengahari makan macam orang biasa,
 Petang makan macam orang miskin,
Malam makan macam pengemis"

Masalahnya disini petang siang malam ke aku makan macam orang yang tak pernah jumpa makanan. So aku dah buat plan aku sendiri. Iaitu puasa dengan ini tidak boleh tidak semua makanan akan aku jauhi! Yeah. But ofcoz niat nak puasa tu kena betul yer tak. Conclusionnya, puasa dan exercise akan membantu masalah saiz badan ku.. Hehehe.. In Sya Allah. Food saranghae 


주의: Harap sangat segala yang dirancang berjalan dengan jayanya ! Huda Fighting !!

Ada Caranya

Assalamualaikum.

Fuhh! Tiup sikit habuk dekat blog aku nih.. Sebulan tak sekali aku mengupdate blog aku nih. Apa boleh buat cerita ada jer yang nak dikongsi tapi jari-jemari tidak memberi kerjasama. Lagipun sibuk dengan exam akhir tahun dengan nak menyiapkan segala eviden PBS yang beratus - ratus tuh. Sibuk tau! Perdana Menteri pun kalah katakau! *cerita nak gempak*

Okay cukup pendahuluan. I know my blog ni bukan ada pembaca tegar entah-entah memang takda yang baca langsung kan. But still aku nak share something. Benda ni just pendapat aku. Pendapat aku terhadap cara kita nak menegur orang. Sebelum aku meneruskan penaipan aku mention awal - awal post ini TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG MATI dan bukan nak menunding jari benda ni salah siapa atau siapa betul. Err kenapa aku rasa macam post ini berkait dengan somebody? No lah aku just nak mengingatkan antara kita yang walaupun pada kita apa yang kita buat tu betul tapi kalau tak kena caranya benda tu boleh jadi silap.

Contoh apa yang kita buat memang betul. Nak tegur kawan supaya dia ubah perlakuan tak baik dia. Benda tu bagus. Tapi yang tak bagusnya kita tegur dia depan kawan - kawan yang lain. Niat memang baik tapi caranya yang salah walaupun pada kita kawan - kawan yang lain tu ialah kawan baik kita yang memang dah rapat antara satu sama lain tapi setiap orang ada perasaan malu. Siapa yang suka kalau kena marah dengan mak depan saudara-mara? Tak adakan. So konsep dia sama. kita tak patut jatuhkan aib orang dan hukumnya berdosa kalau kita jatuhkan aib orang. Dah elok - elok niat kita nak tegur kawan tapi yang dapat dosa sebab kita dah malukan kawan kita tuh. So point dia kat sini nak menegur ada caranya dan yang paling penting tujuan kita nak ubah kawan tadi tu jadi yang lebih baik. Bukan menyebabkan dia rasa down sebab kita dah malukan dia.

Pada aku cara yang terbaik nak nasihat atau tegur kawan adalah secara solo. *Solo~~ :3 maksudnya kau jumpa dia secara berseorangan cakap elok - elok bukan mengutuk dan please jangan merendahkan maruah dia, memalukan dia atau menjatuhkan aib dia. Allah tutup aib kita kenapa kita pulak nak buka aib orang kan? But still, orang yang salah tetap salah. Takkan nak tunggu Allah buka aib kita kat semua orang baru nak menyesal.

Pesan orang bijaksana : 
"Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi
maka dia menasihati mu dengan ikhlas kerana Allah SWT
Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai
dia sebenarnya sedang menghinamu atau 
menyatakan yang dia pandai dan kamu jahil"


주의: Berhati - hati dalam melakukan kebaikan. Semoga kita mudah menerima nasihat dan nasihat kita diterima. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. :')