Diagnostik

Assalamualaikm.

Aku lepas waktu solat mesti doa ;

 "Ya Allah lapangkanlah waktuku"

Memang rasa doa tu Allah makbulkan. Rasa banyak sngat waktu lapang. Semua benda cepat siap, masa rasa macam lama je.

Tapi...

tak guna weh, kalau aku pergi bilik tv instead of bilik study.

Minggu ni diagnostik paper 3 sejarah, add math, fizik. Malam tadi aku tengok running man sampai pukul 2 pagi saje join batch univic yang dah habis exam pt3.

Sekarang ni pulak aku berjimba dekat bilik jepun. Online..
.
.
.

:: insert your own emoji ::


주의 : Goodluck sbpian batch99! Jangan risau spotkan ada?

Farewell

Assalamualaikum.

Finally... semalam last di smkds. Cikgu Rodziah ada buat majlis untuk kitaorang. Serius terharu!
Korang... terima kasih untuk semuanya, maaf atas kesalahan aku kat korang. Yang menangis tu... udah-udah ler tu adat kan setiap pertemuan ada perpisahan. Cepat atau lambat je.

Mesti aku akan rindu korang kat sana. But hopefully, aku dapat kawan-kawan yang baik macam korang. Doakan aku happy kat sana. Boleh survive, boleh fokus tak home sick.



주의 : Untill we meet again guys! #RatlabsBonding

SEHEBAT

Assalamualaikum !



Alhamdulillah. I guess this one of the best things that happen in my life !

Result keluar pukul 12 lebih malam tadi. Aku dah buka laman web, tapi tak tekan semakan sebab takut tak dapat, nanti sedih sorang - sorang, sebab mama dan baba dah tidur. So aku tenung aje lah laman web tu sampai ngantuk.

Yelah sebab mrsm tak dapat, takut juga tak dapat sbp. Lagi-lagi bila baca tweet yang dapat 9A tapi tak dapat SBP. Aku 7A je kut. Makin tambah seriau!

Pagi-pagi mama kejut solat subuh. Terus cakap yang result dah boleh check. Mama suruh cepat-cepat solat. Excited kemain. Bila tekan semakan aje, ayat pertama yang aku nampak SMS Batu Pahat. Bersyukur sangat, mama pun happy. Memang mama harap aku dapat sehebat sebab satu jalan aje dengan mrsm adik. Taman - Mrsm Bp - Sehebat. Sehala aje dari rumah, so senang nak ambik nak hantar. Katanya.

Pentagon semua mohon kecuali ecah. Tapi yang dapat aku dengan Alees. Alees dapat SMS Perempuan Seremban. Dia dah  plan nak outing dengan pijam sebab sekolah sama-sama dekat N9. Kawan dari sekolah lama katakan.

So 25 Feb ni aku daftar. Ada masa lagi nak spent time dengan Pentagon, dengan SMK Dato Sulaiman, cikgu-cikgu kesayangan. Serius weh, dah perfect dah hidup aku dekat SMKDS. Tapi sebab impian aku nak masuk SBP, aku mohon dan bila dapat ofcoz aku terima.


주의 : So excited, yet a bit nervous. Insya Allah baik-baik sajaaaa 

Fellah

Assalamualaikum.

Tahniah sebab naik kelas, saya suka lah awak jadi classmate saya
Awak kalau awak tak ada kawan awak kawan lah dengan saya 
Saya sedih betullah tengok awak senyap aje.
Sorry lah terpaksa pindah tempat duduk, saya dah pilih tempat terbaik hari tu, view saya betul-betul kepala awak. Belakang awak kiri sikit. Tapi esoknya bila datang kedudukan meja dah berubah. Hampa betul saya.
Kita setiap hari datang awal sama-sama. Tapi saya saja pergi tandas dulu. Tak kan nak naik tingkat 4 pagi-pagi buta dengan awak pulak kan. Nervous lah saya.
Terima kasih sebab bukakan lampu kelas.
Kesian sangat bila nama awak tak kena panggil, sorang duduk dekat bawah yang lain semua duduk atas kerusi. Tak apalah yang penting awak dapat naik pentas.
Kenapa tadi lambat masuk kelas bio! awak takut cikgu salasiah ke? Jangan takut lah saya kan ada. 

Hehehe.




주의 : #Fellah #SecretAdmirer #GoFellah! #BukanNamaSebenar This is not me...... lol. My feelssss you all. That moment when you know your crush will be your classmate. And now he's my classmate chuollllsss !

Please

Assalamualaikum !

Please..
Stop trying so hard for people who don't care
Stop believing the liars
Stop hope too much
and don't think too much
it will put yourself in a bad mood.

Okay dear self ? You got it right.



주의 : Last warning untuk diri sendiri.

2015

Assalamualaikum !

Wah dah 2015 !! So ni kira entry pertama untuk tahun ni. Tahun baru ni,meriah twitter, facebook orang duk pung pang pung pang azam tahun baru. Cehh, nak tanya ni azam tahun lepas dah accomplish belum?

Aku tak ada azam tahun baru lah. Cuma aku dah set dalam otak benda yang memang patut aku buat setiap tahun.

Paling utama continue good grades and work to be on top in batch. Sentiasa aim tinggi-tinggi, tak dapat nombor satu, nombor dua or tiga okay lah. Tengok usaha sendiri dan rezeki masing-masing Allah dah tetapkan right.

Cuma tahun ni, kalau dapat masuk sbp atau mrsm, susah juga tu nak excell. Minta Allah permudahkan.

Pada aku, azam tahun baru tu tak penting. Nak buat-buat lah. Yang penting kau kena ada perancangan hidup. Tahu hala tuju, baru senang nak berjaya sebab dah tahu apa nak buat.

Kira aku ni unofficially 16 tahun lah. Umur dah bertambah. Semakin besar. Grow up. Serius takut fikir masa depan. Dulu masa darjah enam rasa diri dah besar bila masuk sekolah menangah, tak rasa diri dah besar. Pelik pula dengan diri sendiri.

Mama kata 16 tahun dah besar dan aku sebagai anak pertama, cucu pertama kena matang. Aku tak tahu?! Macam mana nak jadi matang. Ciri-ciri orang yang matang pun aku tak tahu k. Maturity gain from experience kut, pengalaman aku? Garu kepala pikir. Hidup aku ni tak ada lah susah mana. Tak mencabar langsung, I hate risky things, risky decision. Selesa di comfort zone.

Mungkin tu sebab utama adik aku lebih matang dari aku. Heh! tapi aku amik maturity testkan. Aku paling matang antara kawan-kawan aku. hahaha

Wait, kira aku ni matang cuma tak cukup lagi darjah kematangannya tu.

Mungkin aku takut nak dewasa sebab tu aku macam ni. Maybe?

Pengajaran tahun 2014, yang kena simpan dan dijadikan tauladan ialah. Jangan letak harapan tinggi-tinggi dekat orang lain. Letak harapan dekat diri sendiri takpe. Benda ni memang kena betul-betul semat kan di otak, tak nak lah nanti menangis sebab benda-benda tak sepatutnya.

Tahun 2014, dengan ada PT3 segala tu. Rasanya memang mencabar. Mencabar mental, fizikal, emosi, rohani, jasmani. Tapi aku tak rasa benda tu teruk sangat. Bila ada masalah, relax, tenang. Nak nangis okay. Nangis dulu lepas tu mesti kena tenang. Lepas tu setel kan masalah tu slow-slow. InsyaAllah lah tak rasa benda tu susah pun.

Tahun 2014, banyak kenangan manis dengan Pentagon, dengan classmate 3 Bestari yang dah sama-sama selama 3 tahun. Dari kelas 1RK2, 2RK2 sampai 3Bestari. Rasanya, tahun ni masing-masing macam akan terpisah aje. Haruslah kan. Sedih pula bila pikir. Sebab diorang dah ajar aku satu benda, iaitu persahabatan.

Harap tahun 2015, dapat bagi aku lebih banyak pengalaman hidup yang manis dan memori indah dengan orang-orang yang aku sayang !




주의 : Selamat datang 2015.