Result

Assalamualaikum.

22 Diesember 2014. Hari yang ditunggu-tunggu.
Alhamdulillah. Syukur. walaupun tak dapat apa yang diharap tapi tuhan bagi apa yang aku layak. 
Jatuh juga setitis dua air mata. Tapi sekarang dah boleh senyum, tanda dah boleh terima takdir tuhan rezeki aku takat  7A 3B.

Cuma BM penulisan agak terkezzzzut juga lah. Hari tu check markah A. Bila keluar result B. Ni mesti kes pentaksir tolak markah aku. Cehh.

Aku tak nak komen apa-apa pasal PT3. Dah cukup aku luahkan di twitter. Dah cukup Parents aku faham situasi aku. 

Untuk Syazwani, tahniah kau layak dapat 9A 1B. Peluk sikittttt.
Alees juga tahniah aku tahu kau mesti terkilan ada C. Tapi 8A 1B 1C is a good result tho.
Izzati, Syafiqa dah boleh buat geng sama-sama dapat 5A.
Aisyah . . . Tak pe hak kau tak nak share. Aku harap kalau result bagus kau tak lupa bersyukur. Kalau result kau KO redha aja lah. SPM ada lagi. 

ye SPM ada lagi dan tahun 2016 giliran kita 100% KBAT dan HOTS.

7A 3B

주의: Batch pertama dan yang paling teruk mungkin. Thank you KPM.

Pentagon

Assalamualaikum.

Dear my precious Pentagon,
Because of
Our laughs,
Our smiles,
Our tears,
And our cries,
It produce a special word called - friendship
That make you worth a special place in my heart
Thank you for colouring my life with happiness
Knowing all of you is a bless!





주의: Pentagon : Alees, Huda, Izzati, Syafiqa, Aisyah. Perfect five.

Cuci

Assalamualaikum.

Petang tadi, lepas habis menangis.

Aku : Serius ah, dah lama akak tak nangis macam ni.
Nabila : Tak apalah air mata tu nak cuci dosa-dosa mata kau.
Aku : Dosa ape?
Nabila : Dosa stalk lelaki malam tadi

Gelak.

Aku : Lepas ni tunggu giliran kau pulak eh.
Nabila : Kenapa?
Aku : Sebab semalam kau teman akak stalking!

Gelak lagi.



주의: Stalking! 

Tangan

Assalamualaikum.

Hai insan-insan right-handed!
Pernah terfikir tak betapa kita bergantung sangat pada tangan kanan kita like, almost everything kita guna tangan kanan. Dan tangan kiri tu setakat master bab-bab beristinjak aje.

Tangan kiri be like :

"Help me I dont know how to write"
"This spatula is so heavy"
"I can type very well" (only press 'A' letter)

Hari ni disebabkan insiden tiga jari kanan tercelup dalam minyak panas, terpaksa jadi left handed sekejap. Susah gila weh. Nak pegang sudu tu boleh lagi. Tapi nak ambil nasi dengan lauk punyalah payah, daripada lapar terus kenyang tunggu nasi masuk mulut.

Serius sakit gila, selalu kena minyak panas yg letup-letup tu boleh tahan lagi. Yang ni memang aku nangis sungguh-sungguh. Dah lah mama tak ada, tinggal aku dengan adik-adik aje kat rumah. Nabila dah tengok aku sakit, dia pergi lah search google petua apabila terkena minyak panas. Amik kau dari petua indon sampai ke melayu dia suruh aku buat.

First dia suruh aku alirkan dengan air dekat tempat yg kena minyak panas tu. Memang kurang sikit lah tapi kalau tak kena air sakit lagi. Lepastu dia search lagi, katanya kalau kena minyak panas tak boleh kena air dah menggelabah sekejap. Dia suruh letak serbuk kopi pulak, macam tak ada kesan langsung.

Aku dah menangis gila-gila sebab tak tahan sakit. So aku pun lap lah serbuk kopi tu, nabila pukul telur suruh aku celup dalam tu. Kurang sikit sebab telur tu sejuk. Aku duduk depan kipas sambil tengok Real Got7 lupa kejap pasal jari. Kejap aje, lepas tu sakit lagi sampai sekarang. Makan malam pun Yaya yang suapkan. heaven gila ada orang sayang kan. Hahaha

Dan sekarang ni aku sangat bergantung pada tangan kiri. Tangan kanan rest sekejap.Terima kasih untuk Nabila yg gigih search petua semua tu. Hasilnya tangan aku tak melepur. Cuma kulit jadi keras aje. AJE. Sedih betul tengok jari aku ni.


주의: Lets train our left hand !!

Hapus

Assalamualaikum.

Yakinkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku...

Sadarkan aku Tuhan

Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku...

Lagi ni dah lama, tahun 2007 tak silap.
Aku darjah satu.
Somehow, lirik tak ada kena mengena dengan kita pun but brings back memories.
Dah besar sikit ni ada lah sikit-sikit lirik ni kena dengan situation sekarang. Hahaha





주의: Memori dulu simpan buat kenangan, memori pasal kau delete aje lah.