Food

Assalamualaikum .

Yuhuu !! I'm back. Holiday uolls! So masing-masing mesti dah ada plan nak bonding time dengan keluarga korangkan. Yeah don't tell me nanti aku jealous dengar plan korang yang vavoom tu. Better aku ceritakan  plan cuti sekolah aku kan. Aku rasa cuti tahun makan aktiviti aku  tidur - makan - online + makan = GEMUK. *sadlife*

Nafsu makan aku sekarang tengah membuak - buak. Arghh! Orang kata kalau kita asyik nak  makan je maybe kita stress. Tapi tak mungkinlah aku nak stres dikala waktu cuti ni yer tak. Haruslah aku berbahagia diwaktu ini. Nak kata tak da masalah ada, sakit otak juga kalau fikir benda tu tapi tak de lah sampai stress ke depression. Nak kata hormon ... entahlah nantilah aku google ' hormon makan'. Kut - kut hormon tak stabil ke kan. Dah macam orang mengandung pulak . Hesy! merepek.

Aku makan bukannya sebab aku lapar tapi sebab mulut aku ni nak mengunyah. Tengok tv nak makan online lagilah. Sekarang ni pun sebungkus kerepek ubi pedas dalam proses untuk dihabiskan. Yerlah sambil menaip kita mengunyah yedak? Padahal tadi habis semangkuk jambu batu aku kerjakan. Haruslah perut aku kenyang tapi yang sedihnya aku dah order dengan mama sebiji burger. See? pelahap kan. Perangai aku dah macam Min hyuk dalam citer Heartstrings. Yang bahagia bila orang belanja dia makan dan 24/7 lapar.  Siapa yang tengok drama tu haruslah tergoda dengan kecomelan Min hyuk kan, aku lupalah nama watak dia. Aigoo..

Kenapa comel sangat ni -_-
Disebabkan aku ada 4 drama korea untuk dimarathonkan cuti sekolah ini haruslah saiz badan ku makin mengembang kerana asal tengok drama jer makanan haruslah ada dihadapan meja. So alternatifnya ialah exercise right ! You know how much I hate it ?? Benci gila. Aku memang tak pernah suka berlari. So yeah semangat apa entah yang merasuk dalam badan aku sehinggakan pagi tadi lepas sarapan terus siap - siap gi jogging. *Eeee.. jogging ke?? bukan berjalan aje ker.. -_- * shuvit ! Haruslah aku bersarapan dulukan kang aku pengsan kat taman sapa nak angkat.

Mama kata ramai orang jogging tapibila aku sampai taman je aku tengok hanya ada aku dengan apek mana entah yang ada. Tu jer.  Actually aku segan sebenarnya orang yang lalu lalang dekat jalan tu mesti tengok aku. Bukan nak kata aku hot ke hapa tapi.. "Boleh tak jangan pandang aku. Tak pernah nampak orang jogging ke. Bukannya kau tengah buat scorpion dance sampai korang nak tertoleh - toleh " Ujarku didalam hati. Gitulah citernya.

Aku pernah terbaca dekat... okay tak ingat kat mana aku jumpa petikan tu. Lebih kurang macam ni lah bunyinya
"Sarapan makan macam ratu,
Tengahari makan macam orang biasa,
 Petang makan macam orang miskin,
Malam makan macam pengemis"

Masalahnya disini petang siang malam ke aku makan macam orang yang tak pernah jumpa makanan. So aku dah buat plan aku sendiri. Iaitu puasa dengan ini tidak boleh tidak semua makanan akan aku jauhi! Yeah. But ofcoz niat nak puasa tu kena betul yer tak. Conclusionnya, puasa dan exercise akan membantu masalah saiz badan ku.. Hehehe.. In Sya Allah. Food saranghae 


주의: Harap sangat segala yang dirancang berjalan dengan jayanya ! Huda Fighting !!

No comments:

Post a Comment