Ada Caranya

Assalamualaikum.

Fuhh! Tiup sikit habuk dekat blog aku nih.. Sebulan tak sekali aku mengupdate blog aku nih. Apa boleh buat cerita ada jer yang nak dikongsi tapi jari-jemari tidak memberi kerjasama. Lagipun sibuk dengan exam akhir tahun dengan nak menyiapkan segala eviden PBS yang beratus - ratus tuh. Sibuk tau! Perdana Menteri pun kalah katakau! *cerita nak gempak*

Okay cukup pendahuluan. I know my blog ni bukan ada pembaca tegar entah-entah memang takda yang baca langsung kan. But still aku nak share something. Benda ni just pendapat aku. Pendapat aku terhadap cara kita nak menegur orang. Sebelum aku meneruskan penaipan aku mention awal - awal post ini TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG MATI dan bukan nak menunding jari benda ni salah siapa atau siapa betul. Err kenapa aku rasa macam post ini berkait dengan somebody? No lah aku just nak mengingatkan antara kita yang walaupun pada kita apa yang kita buat tu betul tapi kalau tak kena caranya benda tu boleh jadi silap.

Contoh apa yang kita buat memang betul. Nak tegur kawan supaya dia ubah perlakuan tak baik dia. Benda tu bagus. Tapi yang tak bagusnya kita tegur dia depan kawan - kawan yang lain. Niat memang baik tapi caranya yang salah walaupun pada kita kawan - kawan yang lain tu ialah kawan baik kita yang memang dah rapat antara satu sama lain tapi setiap orang ada perasaan malu. Siapa yang suka kalau kena marah dengan mak depan saudara-mara? Tak adakan. So konsep dia sama. kita tak patut jatuhkan aib orang dan hukumnya berdosa kalau kita jatuhkan aib orang. Dah elok - elok niat kita nak tegur kawan tapi yang dapat dosa sebab kita dah malukan kawan kita tuh. So point dia kat sini nak menegur ada caranya dan yang paling penting tujuan kita nak ubah kawan tadi tu jadi yang lebih baik. Bukan menyebabkan dia rasa down sebab kita dah malukan dia.

Pada aku cara yang terbaik nak nasihat atau tegur kawan adalah secara solo. *Solo~~ :3 maksudnya kau jumpa dia secara berseorangan cakap elok - elok bukan mengutuk dan please jangan merendahkan maruah dia, memalukan dia atau menjatuhkan aib dia. Allah tutup aib kita kenapa kita pulak nak buka aib orang kan? But still, orang yang salah tetap salah. Takkan nak tunggu Allah buka aib kita kat semua orang baru nak menyesal.

Pesan orang bijaksana : 
"Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi
maka dia menasihati mu dengan ikhlas kerana Allah SWT
Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai
dia sebenarnya sedang menghinamu atau 
menyatakan yang dia pandai dan kamu jahil"


주의: Berhati - hati dalam melakukan kebaikan. Semoga kita mudah menerima nasihat dan nasihat kita diterima. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. :')

No comments:

Post a Comment