Good Luck My dear


She's a Annoying sister ever.
She's a Irritating
She's a Naughty
She's never listen me well
 BUT
She's a protective sister
Sister as place to express what I feel
Even she never listen me well
And person who keep my secret a lot.



Budak ni selalu jer bagi komen yang tak membina. walaupun dia tahu aku ni tak tetap pendirian. Ops~!
Dia cakap blog aku buruk, macam taik cicak. Kesah pulak aku. aku cakap blog dia gedik warna pink, lepas tu ayat dia dekat entry semua gedik sampai aku rasa nak campak pasu bunga atas kepala dia. Boleh pulak dia kata aku jeles sebab blog dia cantik. kau guna blog skin memang ar cantik. cantik? maksud aku  blog kau agak  kemas. Aku ingat lagi masa tu aku dengar lagu one direction (budak ni memang directioner) one thing. tiba-tiba dia tanya aku. Kak berapa lagu One direction yang kau tau, aku cakap 3: one thing, whats make you beautiful dengan ok aku dah lupa. Boleh dia cakap, tak tahu One direction nak dengar lagunya. Heh memang annoying giler budak ni. then dia sebuk sebuk dengan INFINITE aku. yang tu memang aku tak boleh sabar. dia suka leader gyu aku. huuhu... aku amik Zayn kau yang tak hndsome tuh baru tahu.

 By THE way, walau seannoying mana pun kau, kau tetap adik aku. Bell  , hari ini first day kau UPSR. kakak dah rasa dulu. dan kakak tak berjaya nak tunaikan hasrat mama dan baba untuk dapat 5A. sedih . so, that, jangan kau nak berani kecewakan mama dan baba macam kakak. cepuk kang. By hook or by crook you must get the 5A's. If your hook doesn't come in, swim out to get it.

Kakak maafkan semua kenakalan dan keannoying -an kau. walaupun pagi tadi cara akak maafkan gaya kakak ni mak tiri kau, tapi sebenarnya kakak ikhlas yer.  So jawab exam dengan tenang.

주의 : budak UPSR buat cara budak UPSR. ni tak, asyik nak cantikkan blog kau yang gedik tu jer. Facebook lah twitter lah. belajar sana!

Selamat Hari Lahir Yaya


saeng il chuk ha ham ni da
saeng il chuk ha ham ni da
sarang ha neun yaya shi
saeng il chuk ha ham ni da~~~ Yea!! *tepuk-tangan*






Sebenarnya, birthday dia 9 Sept ahad lepas, tapi hari ni baru aku rajin nak update entry pasal budak kecik ni.
Yaya punya majlis dah sambut awal-awal dengn kawan dia. Kesian aku tak dapat nak join. sebab dia buat pagi-pagi hari jumaat pulak tuh, aku sekolah. Then lepas balik sekolah aku cuma dapt makan lebihan drumstik kawan-kawan dia. Sedih.aku tanya dia nak hadiah apa. Senang jer dia cakap, bawak kita pergi Soh Mart, nanti kita pilih sendiri. Korang tahu Soh mart tu apa? Mall? bukan ofcorse *dah tentu mart yer market toh* sebenarnya Soh Mart tu kedai dekat kawasan taman perumahan aku. sebuah kedai yang jual barang yang bukan-bukan lepas tu ada snooker atasnya. Aku pelik. takda kedai lain dia nak pergi, dah lah hadiah nak pilih sendiri. Cet! banyak lawa. Aku cakap dengn yaya, hadiahnya hari Ahad, sebab hari ahad baru tarikh birthday dia yang sebenar. Lepas tu dia boleh nangis, dia kata hari jadi dia hari Jumaat. Ok! fine. suka hati au lah budak. kesah pulak aku. ku cakap dengan dia, yaya kalau nak hadiah tak yah nangis, kalau nangis tak ada hadiah. Baru senyap. lepas tu sepanjang hari dari hri jumaat sampai Ahad asyik tuntut jer hadiah dia. Eh! budak ni. Tapi hari Isnin baru aku bawak di pergi kedainya.

Dekat kedai tuh, dia asyik pusing-pusing  jer. Bila ku tanya nk hadiah apa, dia kata tak tahu. Aku cepuk budak ni kang. Haisyh. Aku tunjuk tu taknak ni taknak. Entah ape-ape. Last-last aku tunjuk tabung baru dia nak. *Aku tahu dia nak sebab sekrang dia tengah kaya, duit raya banyak*


entah apa-apa kan. Yaya ni, aku nak cerita siket pasal dia. Taknak baca? kesah pulak aku. Ok, sekarang duit raya dia banyak, disebabkan dia cuma reti kira sampai puluh-puluh, dan duit raya dia dah ratus-ratus, dia suruh aku kirakan. Dan aku ni jenis kakak yang baik, aku pun kirakan. RM*42.00. ada lebih 2 ringgit *aku nak genabkan RM*40.00. so aku cakap yaya kita nak 2 ringgit, yaya kan kaya, kita nak beli burgerlah.

mesti korang pelikkan, 2ringgit dapat pulak whooper. wateva. Firstly dia tak bagi. dia ckap tuh duit dia. memanglah duit dia, ada pulak aku cakap tu duit pakwa aku sungyeol Cet! aku ugut yaya, kalau dia tak bagi 2ringgit, aku terabur kan balik duit dia pastu aku sepah-sepahkan, baling-baling. So, childish! last-last dia bagi jugak. itu pun main tarik-tarik. lepastu dia dah bagi tu, dia asyik ungkit jer, naik panas telinga aku.

 "kita dah bagi kakak 2ringgit. ambilkan kita air cepat"
"kita dah bagi kakak 2ringgit. teman kita mandi" yaya si penakut
"kita dah bagi kakak 2ringgit. temankan kita main game"

kita dah.. ok stop. akhirnya disebabkan aku dah fedup. aku cakap macaam ni. Yaya ambil jer lah 2 ringgit ni asyik ungkit jer. Hhaha. macm aku hadap sangat duit dia. korang tahu tak, balik jer dia dari sekolah dia beli burger, leps tuh sengih2 dan jeling2 dekat aku. What the fish! tapi dah nama pun aku ni kakak kesayangan dia. bagi jugak aku rasa burger dia even bukan whooper.

so, yaya kakak tahu kau ni anak manja baba and mama. kau nak apa semua diorang bagi, tak kesah lah dulu masa kakak kecil pun diorang sama jer. Belajar rajin, ingat apa baba cakap kalau semua dapat 100% nanti baba bagi PSP. kalau dapat PSP kakak boleh join. lagipun kau kan tadika senang jer kan. Tologlah jangan nak ungkit-ungkit sangat kakak jotos baru tahu. Kakak tak tahu lah kenapa kau ni penakut sangat, tapi kalau kau nak kakak teman kau depan tandas time kau ehem-ehem. kau suruh lah kakak kau yang lagi satu heh. Oklah aku taip panjang-panjang pun bukan kau baca. Selamat Hari Lahir. Be a good girl and responsible sister. Jangan malas time kakak suruh. Dan jangan ponteng kelas mengaji. kau baru jer iqra` ok. tu jer.

주의 : Yaya ajar kita mcm man cara kau bodek mama dengan baba. hhehehehe.


How I deal with my annoying friend

Hello, guys!
Korang semua mesti ada kawankan. Aku tahu, orang 'hot' macam korang kawan mesti keliling pinggangkan. Setiap kawan korang perangainya mesti berbeza. Ofcoz yes! . Kedekut, mulut laser, keras hati, kepala batu and so on. kalau aku tulis sampai tahun depan pun tak habis agaknya, nama pun manusia, macam-macam perangainya.*sigh*
We don't choose our friend. Fate chooses us. Benda tu memang... err macam mana nak explain, kawan adalah takdir dari tuhan. Walau seteruk mana sekali pun perangai mereka, apa yang kita boleh buat sedarkan mereka. Or, kalau dah tak tahan sangat tumbuk jer kasi mati lepas tu tanam belakang masjid. Eh! sapa nyampuk tu?
 Hari Ini aku nak cerita sikit. Macam mana aku  handle kawan-kawan kesayangan aku yang annoying tu, atau bahasa Melayunya menjengelkan, sakitkan hati, dan apa-apa perkataan yang korang rasa sekufu.

Aku ada sorang kawan, yang peramah tahap menyakitkan hati sampai aku rasa nak hantuk kepala dekat bantal. Kenapa? korang ingat aku nak hantuk kepala dekat dinding? Gila. Aku beri nama manja dekat kawan aku ni Betty. Aku tak tahulah, mulut dia tu kene sampuk apa sampai semua benda nak ditegur, nak ditanya, nak dijawab walaupun soalan tu bukan untuk dia jawab. Sampai kalau dia cakap dengan aku, aku dah takda jawapan untuk bagi dekat dia. Korang ada tak kawan yang berperangai macam tu? Tak da? Kesah pulak aku. Apa yang aku selalu buat apabila dia start buka mulut puaka dia ialah angguk, dan beri senyuman manis umpama Cuka  gula. Tapi dalam hati Allah je yang tahu. sambil-sambil tu aku fikir lah benda yang best-best, untuk nak elak stress contoh, dapat tiket percuma ke konsert Infinite or Sungyeol telefon ajak dating ke. Madah!

The showoff friend.
Firstly, I'm thankful to Allah sebab kawan aku tahun ni takdalah Showoff.
 tapi aku ada pengalaman. Sorang kawan aku ni, dia punya tunjuk-menunjuk, kalah Artis. Adalah satu hari tu, dia beli kasut baru, you alls thu dia buat apa? Masuk jer kelas dia punya jalan tu kalah Gorilla, mak ai cara dia hentak kasut dari pintu sampai tempat duduk tup tap tup tap. Bising. Aku memang kesian dekat orang yang Show off ni. Sebab mereka rasa orang lain tak sedar kewujudan mereka. So dengan Show off, umpamanya mereka bagi message dekat kita supaya sedar yang mereka tu ada.

"I'm here, please notice me"

lebih kurang macam tu kut. Dan mungkin jugak mereka rasa yang korang lebih hebat daripada mereka yang show off ni. So mereka tak nak ketinggalanlah. Jadi, korang yang tak show off ni, lagi hebat dari mereka. Pernah diebabkan stress sangat dengan perangai kawan aku yang sorang ni, aku bagi dia nama manja Tongkeng ayam.  Reason: aku tak suka tongkeng ayam. Uikks!

Kawan yang kedekut tahap tahi hidung salty. Tapi, bab nak pinjam barang kita dia no. satu.
Aku memang cukup geram dengan orang yang perangai macam ni. Huh perangai macam setan  opps! 
Aku rasa macam nak lenyak orang yang berperangai macam ni guna steamroll jer. Ada ke patut. tak patut... aku ada kawan macam ni. memang sengal otak aku nak hadap. selalunya kalau orang yang aku dah tahu perangainya kedekut, aku memang tak bagi dia pinjam barang aku. Dia fikir mak bapak aku bagi aku duit sekolah untuk tanggung keperluan dia. sedap sungguh hidup dia. 

Lambat pick up punya orang.
atau yang suka tanya soalan Bodoh stupid quest
Ah! kalau ada sorang kawan dah buat aku hampir gile, tak dapat aku bayangkan kalau ada 10 or 20 whether 100 friends!! Kyaa! mati. Contoh Stupid Question dan jawapan dari aku.
A=aku
S=friend with stupid question
Depan pintu tandas
S: "weyh kau nak buat apa pergi tandas"
A: "aku nak Shopping jap, tadi aku tengok mak cik cleaner buat sale"
S: " Ada pulak shopping dekat tandas, nak shopping dekat mall lah"
A: "dah tahu apasal tanya?"
S: "hehehehe saja. . ." sengeh, sambil buat peace. Annoying giler!!

Otak aku dah sengal ,tak tahu nak taip ape. so then. Bye have a nice day with your annoying friend!

주의: Everyone has that one annoying friend if you don't have one then it's probably you. Beware!








Number disability

Weyh nota, sejarah aku belum siap, siapa yang baik hati sangat nak tolong buatkan?*tanya sambil mata kelip-kelip* kalau belum siap nota tuh pergi lah buat yang kau berblog bagai ni apahal!* wait! aku tahu korang bengang. Ok, sebenarnya aku rasa aku mesti tulis jugak entry ni, sebab aku takut lupa entry yang tetiba muncul ni.Cakap mengenai lupa, aku memang seorang yang pelupa. Dalam otak aku sekarang ni, cuma ingat 3 nombor phone je. serius!

  1. no.phone rumah
  2. no.phone rumah kawan aku (aisyah)
  3. polis
Wah! awesome gile, hebatnyer dapat hafal 3 nombor. Kata huda kepada dirinya.
Hebat kau kata?
No. phone aku sendiri pun aku lupa. sedih!! aku try hafal, tapi esoknya dah lupa balik. ayoyo`
nasib sifir sembilan aku hafal.=_="Tidak hanya no. phone tapi tarikh lahir. Aku ada 7 orang kawan yang kamching dengan aku. sorang pun tak da yang aku ingat tarikh lahirnya. so for izzati, nina, wani, alees, fiqa, aisyah, isma. sorry meh, kawan hangpa ni agak lambat dalam menghafal sebarang benda yang berkaitan atau pun berkait-kaitan dengan nombor. harap maklum. so, aku nak buat nota sikit hari ni

  • Nina > 2/2/1999
  • Wani >30/7/1999
  • Fiqa >29/6/1999
  • aisyah >15/4/1999
  • alees >6/4/1999
  • izzati > 16 /2/1999
  • isma> aku tak dapat cari.
9 birthday orang jer yan aku ingat. kebanyakkannya bulan 8 sama dengan aku. hah!
  1. nenek^20 august
  2. aku^16 august
  3. baba^14 august
  4. rifqi^16 august
  5. razif^18 august
  6. sungyeol^ 27 august
  7. mama^28 oktober
  8. bella^12 november
  9. yaya^9 september
yeah! dapat ingat. see? aku senang ingat bulan august, sebab sama dengan aku. so sape2 yang lahir bulan august tuh, ada harapan lah untuk aku ingat.
apa motif aku buat benda ni semua, sebenarnya aku tadi buat sedikit research tentang bab ingat-mengingat ni. Tapi nama orang aku senang ingat terutamanya artis yaw!, cuma bab nombor je lah. dulu nombor ic aku sendiri pun kawan aku yang ingatkan. Dulu yer dulu.so, kesimpulannya yang aku boleh buat sekarang, aku mudah ingat benda yang minat or terpaksa ingat.tapi, bab no phone tu bukan perlu ingat ke?? nasib baik bab pelajaran aku ok. and aku tak lah tergolong dalam Dyscalculia, which is math disability.(mengikut kefahaman akulah) fuhH.







주의: 012-0000xxx. ni no phone aq. korang wajib ingat.nanti bila-bila kalau aku lupa korang tolong bagi tau heh.





HAPPY BIRTHDAY

Hari, ni aku tak da idea nak update ape dekat blog aku. tapi disebabkan dah terbuka blog ni, tiba-tiba rasa macam ada semangat nak tulis. tulis? aku bukan taip ke? abaikan. back to the topic.
Tadi aku selak, selak lah majalah epop, bulan-bulan yang lepas. motif? sebab aku dah bosan, nak kata takda kerja, Folio sentuh pun belum. ape seyh. so, ni contoh majalah epop.



kalau korang memang kpop lover, mesti tak pernah miss beli majalah ni. pada yang tak tahu lagi kewujudan majalah ni, jangan lepaskan peluang beli ok. murah jer kalau edisi biasa harga dia RM4.00, kalau macam hari raya mahal sikit lah.. apasal tetiba aku jadi promoter ni??melalut jer. tapi tak pe lah nak berkongsi-kongsi infokan. sharing is caring right.
then, time aku selak,selak tu banyak kali jugaklah , nampak artis yang birthday dia sama bulan dengan aku! aw!! sweetnyer.gedik sudah. sama bulan jer kot, tu pun nak gedik tahap gaban, ape seyh. eh suka la blog aku. kesah?!

3 Artis korea kelahiran bulan ogos akan diumumkan sekarang
*tepuk-tepuk*
 Sungyeol (infinite)
27 August 1991
Oppa! you already 21 now. Maintain your chodingness. hope you got more lines in infinite future songs. so that i can hear your heaven voice.

Niel (teentop)
16 August 1994
niel, happy birthday. birthday kita samalah niel cayalah! dulu kita suka dekat niel, tapi sekarang sungyeol is the first lah.

Seung Hyun (ft.island)
21 August 1992
sarang,sarang,sarang! mamber yang paling best dekat ft.island. maknae ofcourse lah kawaii!!

sebenarnya ramai lagi, tak sanggup aku nak tulis panjang-panjang.

  • tiffany (snsd) 1 august
  • hyung jun (ss501) 3 august
  • kyu min (led apple) 10 august
  • gong chan (B1A4) 14 august
  • hoon (u-kiss) 16 AUGUST *sama dengan aku*
  • jo kwon (2am) 28 august


ramaikan... bertuah betul yang lahir bulan august ni.

aku
*the one yg pakai baju coklat tepi sekali*
16 August 1999

Razif
*gambar curi*
18 August 1999

siapa 2 makhluk diatas?? siapa lagi gambar pertama ialah aku dan yang bawah tu si areII. Weyh razif, aku nak wish selamat hari jadi dekat kau ek. thanks so mch untuk gambar kek yang kau post kan tuh. even tak boleh makan.sorry wey, aku Wish lambat, time tuh kan last-last puasa, aku dah balik kampung. lepas tu broadband, atau yang lebih dikenali sebagai berukband lambat macam siput. so aku tak leh lah nak bagi kau gambar ke hapa... sorry heh.

주의 : sebenarnya aku just nak bagi tahu, aku dah 13 tahun. baba, tengs for the books. love it.