Tangan

Assalamualaikum.

Hai insan-insan right-handed!
Pernah terfikir tak betapa kita bergantung sangat pada tangan kanan kita like, almost everything kita guna tangan kanan. Dan tangan kiri tu setakat master bab-bab beristinjak aje.

Tangan kiri be like :

"Help me I dont know how to write"
"This spatula is so heavy"
"I can type very well" (only press 'A' letter)

Hari ni disebabkan insiden tiga jari kanan tercelup dalam minyak panas, terpaksa jadi left handed sekejap. Susah gila weh. Nak pegang sudu tu boleh lagi. Tapi nak ambil nasi dengan lauk punyalah payah, daripada lapar terus kenyang tunggu nasi masuk mulut.

Serius sakit gila, selalu kena minyak panas yg letup-letup tu boleh tahan lagi. Yang ni memang aku nangis sungguh-sungguh. Dah lah mama tak ada, tinggal aku dengan adik-adik aje kat rumah. Nabila dah tengok aku sakit, dia pergi lah search google petua apabila terkena minyak panas. Amik kau dari petua indon sampai ke melayu dia suruh aku buat.

First dia suruh aku alirkan dengan air dekat tempat yg kena minyak panas tu. Memang kurang sikit lah tapi kalau tak kena air sakit lagi. Lepastu dia search lagi, katanya kalau kena minyak panas tak boleh kena air dah menggelabah sekejap. Dia suruh letak serbuk kopi pulak, macam tak ada kesan langsung.

Aku dah menangis gila-gila sebab tak tahan sakit. So aku pun lap lah serbuk kopi tu, nabila pukul telur suruh aku celup dalam tu. Kurang sikit sebab telur tu sejuk. Aku duduk depan kipas sambil tengok Real Got7 lupa kejap pasal jari. Kejap aje, lepas tu sakit lagi sampai sekarang. Makan malam pun Yaya yang suapkan. heaven gila ada orang sayang kan. Hahaha

Dan sekarang ni aku sangat bergantung pada tangan kiri. Tangan kanan rest sekejap.Terima kasih untuk Nabila yg gigih search petua semua tu. Hasilnya tangan aku tak melepur. Cuma kulit jadi keras aje. AJE. Sedih betul tengok jari aku ni.


주의: Lets train our left hand !!

No comments:

Post a Comment