2015

Assalamualaikum !

Wah dah 2015 !! So ni kira entry pertama untuk tahun ni. Tahun baru ni,meriah twitter, facebook orang duk pung pang pung pang azam tahun baru. Cehh, nak tanya ni azam tahun lepas dah accomplish belum?

Aku tak ada azam tahun baru lah. Cuma aku dah set dalam otak benda yang memang patut aku buat setiap tahun.

Paling utama continue good grades and work to be on top in batch. Sentiasa aim tinggi-tinggi, tak dapat nombor satu, nombor dua or tiga okay lah. Tengok usaha sendiri dan rezeki masing-masing Allah dah tetapkan right.

Cuma tahun ni, kalau dapat masuk sbp atau mrsm, susah juga tu nak excell. Minta Allah permudahkan.

Pada aku, azam tahun baru tu tak penting. Nak buat-buat lah. Yang penting kau kena ada perancangan hidup. Tahu hala tuju, baru senang nak berjaya sebab dah tahu apa nak buat.

Kira aku ni unofficially 16 tahun lah. Umur dah bertambah. Semakin besar. Grow up. Serius takut fikir masa depan. Dulu masa darjah enam rasa diri dah besar bila masuk sekolah menangah, tak rasa diri dah besar. Pelik pula dengan diri sendiri.

Mama kata 16 tahun dah besar dan aku sebagai anak pertama, cucu pertama kena matang. Aku tak tahu?! Macam mana nak jadi matang. Ciri-ciri orang yang matang pun aku tak tahu k. Maturity gain from experience kut, pengalaman aku? Garu kepala pikir. Hidup aku ni tak ada lah susah mana. Tak mencabar langsung, I hate risky things, risky decision. Selesa di comfort zone.

Mungkin tu sebab utama adik aku lebih matang dari aku. Heh! tapi aku amik maturity testkan. Aku paling matang antara kawan-kawan aku. hahaha

Wait, kira aku ni matang cuma tak cukup lagi darjah kematangannya tu.

Mungkin aku takut nak dewasa sebab tu aku macam ni. Maybe?

Pengajaran tahun 2014, yang kena simpan dan dijadikan tauladan ialah. Jangan letak harapan tinggi-tinggi dekat orang lain. Letak harapan dekat diri sendiri takpe. Benda ni memang kena betul-betul semat kan di otak, tak nak lah nanti menangis sebab benda-benda tak sepatutnya.

Tahun 2014, dengan ada PT3 segala tu. Rasanya memang mencabar. Mencabar mental, fizikal, emosi, rohani, jasmani. Tapi aku tak rasa benda tu teruk sangat. Bila ada masalah, relax, tenang. Nak nangis okay. Nangis dulu lepas tu mesti kena tenang. Lepas tu setel kan masalah tu slow-slow. InsyaAllah lah tak rasa benda tu susah pun.

Tahun 2014, banyak kenangan manis dengan Pentagon, dengan classmate 3 Bestari yang dah sama-sama selama 3 tahun. Dari kelas 1RK2, 2RK2 sampai 3Bestari. Rasanya, tahun ni masing-masing macam akan terpisah aje. Haruslah kan. Sedih pula bila pikir. Sebab diorang dah ajar aku satu benda, iaitu persahabatan.

Harap tahun 2015, dapat bagi aku lebih banyak pengalaman hidup yang manis dan memori indah dengan orang-orang yang aku sayang !




주의 : Selamat datang 2015. 

No comments:

Post a Comment